fuh bodoh - Remaja ini berasmara dalam surau












Gambar ini hanya hiasan semata-

Kuala Lumpur: Dua pasangan remaja bukan Islam dikesan menjadikan surau di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, di sini, sebagai tempat memadu kasih sebelum perbuatan mereka terbongkar, petang semalam.

Menurut sumber, perbuatan pasangan terbabit yang berasmara di dalam rumah ibadat itu dikesan seorang penduduk yang mahu menunaikan solat Asar dan hairan apabila mendapati pintu surau berkunci dari dalam kira-kira jam 4.30 petang.

Katanya, sebaik menyedari pintu berkenaan berkunci, penduduk terbabit yang memegang kunci pendua surau itu cuba membuka menggunakan kunci itu, namun gagal kerana ia seperti ditahan seseorang dari dalam.

Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Kumpulan penduduk terbabit kemudian terdengar bunyi seseorang sedang keluar dari surau berkenaan melalui tingkap sebelum melarikan diri.

"Penduduk kemudian melihat dua pasangan remaja sedang berlari kedua arah berlainan dalam usaha melarikan diri.



"Selepas mengejar,penduduk berjaya menahan dua remaja lelaki sebelum menyoal mereka kenapa berada didalam suarau berkenaan sedangkan mereka bukan beragama Islam,'' katanya.


Menurutnya mereka mengaku berada dalam surau itu dan apabila penduduk mengugut mahu melaporkan kejadian itu kepada polis,reja terbabit dengan sombong mencabar penduduk berbuat demikian sambil memberi nombor telafon 999.



"Kami tidak mengenali remaja terbabit kerana mereka bukan tinggal dikawasan sama.Namu seorang penduduk yang juga seorang guru mengenali seorang daripada mereka.



"Menurut guru itu remaja terbabit masih bersekolah menengah berhampiran,''katanya.


Sumber itu berkata,penduduk juga memaklumkan kejadian itu kepada bapa seorang daripada remaja berkenaan sebaik mendapat nombor telefon bimbit daripadanya.



"Bapa salah seorang seorang remaja itu datang ke pengsapuri ini dan mengaku seorang daripada empat remaja itu adalah anak lelakinya.Lelaki itu dengan selamba mengatakan anaknay memang nakal,''katanya.


Katanya,selepas itu penduduk menghubungi polis untuk tindakan lanjut.



"Sebuah kereta peronda polis kemudian datang semua membawa remaja berkenaan ke Balai polis Damansara Damai untuk siasatan lanjut.''katanya.



Menurut seorang penduduk Datuk M Ravichandran,dia dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas ke surau berkenaan.


Katanya,penduduk berjaya menahan remaja lelaki yang cuba melarikan diri,tetapi dua remaja perempuan meloloskan diri.



"ketika ditahan,remaja cuba melawan dan tidak takut apabila saya mengatakan akan melaporkan pekara ini kepada polis.



"Saya yakin pasangan itu berasmara kerana terdapat kesan'gigitan cinta' pada leher seorang daripada remaja lelaki itu,''katanya.



Sementara itu,Ketua Polis Petaling Jaya,Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammad mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) untuk tindakan lanjut.Harian Meto- Khamis 23 Januari 2014-ms/4A/

0 comments:

Post a Comment

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Blogger sahabat

About

ku cinta kau seorang