Enjin terkeluar salah satu safety features...Fakta atau mitos?


Menurut gambar diatas , bila enjin kereta yang terkeluar dari bay bukan berpunca dari kelemahan kejuruteraan tetapi adalah satu aspek keselamatan yang tinggi terus aku terfikir tentang bebrapa perkara.

Yang pertama, cuba bayangkan sekiranya kemalangan itu berlaku dan enjin kereta terkeluar dari bay asalnya. Dan jatuh tepat ke arah pengguna jalan raya yang lain. Jadi bagaimana kejuruteraan yang tinggi ini memilih untuk menyelamatkan pemandu tetapi memberikan risiko pada pengguna jalan raya yang lain?

Yang kedua, bagaimana enjin kereta itu boleh memberi perlindungan kepada pengguna sekiranya ada rempuhan dari arah depan. Daya rempuhan dari depan, akan mewujudkan daya tujahan ke arah belakang yakni ke arah memandu. So melalui kaedah macam mana sekiranya berlaku kemalangan jenis ini, enjin aku.

Hari tu ada keluar berita, ada pemandu ni terselamat dari kecederaan parah akibat hasil dari safety features yang ada pada kereta beliau. Pada firasat aku, kereta pemandu ni mesti berguling-guling sebagai cara untuk enjin kereta ni keluar dari bay atau bonet dia dan bukan dari jenis kemalangan impak dari depan semata-mata.

Jadi bagi aku , persoalan belum cukup untuk memberikan kesimpulan sama ada ia adalah fakta atau mitos. Tapi menerbitkan satu lagi persoalan adakah ia satu cover up?

0 comments:

Post a Comment

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Blogger sahabat

About

ku cinta kau seorang