Peranti terbaharu Samsung, Galaxy S5


SELEPAS laporan berkenaan peranti terbaru Samsung, Galaxy S5 mungkin akan diumumkan pada hujung bulan ini di majlis Unpacked di Barcelona, nampaknya ada pihak telah pun “menjumpai” spesifikasi untuk telefon pintar ini.
Jika spesifikasi yang dinyatakan adalah benar, nampaknya Galaxy S5 mungkin rekaan terbaik bagi siri telefon pintar Samsung.
Menurut sumber dari sebuah portal gajet yang dikenali sebagai BGR, Samsung Galaxy S5 mungkin akan dilengkapi dengan spesifikasi seperti berikut:
- Sama ada pemproses 2.5GHz Quad-core Snapdragon atau 2.0GHz Octa-Core 64-Bit Exynos SoC, menurut rantau berbeza- Paparan skrin 5.2 atau 5.2 inci AMOLED serta resolusi WQHD (2560 x 1440)- Memori RAM 3GB- Memori dalaman 32/64/128GB- Kamera belakang 16MP serta kamera hadapan 3.2MP- Bateri kuasa 3200mAh- Casis bekas besi pertama bagi model Samsung- Dilancarkan sama ada pada suku pertama atau suku kedua tahun ini
Tiada pengesahan yang dapat dibuat berkenaan dengan spefisikasi mahupun reka bentuk (gambar di atas hanyalah gambar konsep) peranti ini.
Tetapi sekurang-kurangnya, anda sudah mampu membuat anggaran awal tentang prestasi dan rekaan yang bakal dihidangkan khas oleh Samsung untuk anda.
Sumber: Lowyat, BGR

0 comments:

Post a Comment

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Blogger sahabat

About

ku cinta kau seorang