Fuh hebat!!! warga emas Wan Hashim Wan Mahmood misi menjelajah Semenanjung dengan basikal.



 Pengayuh solo warga emas Wan Hashim Wan Mahmood, 68, gembira apabila dapat mencapai separuh daripada misi menjelajah Semenanjung dengan basikal.

“Saya gembira kerana berjaya sampai di Johor Bahru meskipun keadaan jalan di sana berbukit serta cuaca panas tidak membuat saya patah semangat.
“Alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan separuh daripada misi dalam tempoh hanya seminggu,” 

 Telah melalui Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Singapura sebelum masuk semula ke Johor Baharu.

Wan Hashim berkata, beliau yang memasuki Singapura pada 2.30 petang semalam telah melakukan kayuhan selama empat jam di sekitar Woodlands.

“Saya pada mulanya ingin ke Arab Street dan bermalam di sana tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa Singapura.
“Ini kerana di sana tidak ada laluan berbasikal, Jadi saya ambil keputusan untuk melakukan kayuhan di sekitar Woodlands sebelum keluar dari Singapura pukul 6.30 petang,” katanya.
Wan Hashim berkata, beliau akan ke Batu Pahat hari ini sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka esok.
“Perancangan awal memang saya akan ke Melaka hari ini tetapi memandangkan ada rakan yang dikenali melalui laman sosial Facebook ingin menyambutketibaan saya di Batu Pahat, saya ambil keputusan untuk berhenti di sana dahulu dan saya jangka tiba di sana pada pukul 5.30 petang,” katanya.
Beliau akan memasuki Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang, Kedah sebelum misinya berakhir di Padang Besar, Perlis.
Wan Hashim turut dijangka memasuki Thailand dan meneruskan perjalanan ke Sungai Golok sebelum pulang ke Kota Baharu melalui sempadan di Rantau Panjang.
Misi kayuhannya dengan jarak keseluruhan kira-kira 2,000 km yang dijangka mengambil masa sebulan bertujuan memberi mesej berkaitan kesihatan dan riadah kepada orang ramai. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Blogger sahabat

About

ku cinta kau seorang