Aksi tak senonoh pelajar perempuan di Singapura

Aksi tak senonoh pelajar perempuan di Singapura mendapat kecaman di laman maya. Pelajar tersebut ber’pose’ di tempat kencing dalam tandas lelaki dengan gaya yang menghairahkan.

Kejadian dikatakan berlaku sewaktu kem sekolah.

Ini bukanlah kali pertama kes yang sama terjadi, sebelum ini terdapat sekumpulan lelaki dan perempuan bergambar di dalam tandas perempuan.
Mungkin kerana ingin sangat menjadi negara moden, hingga segalanya hampir tiada batas anatara lelaki dan perempuan. Perasaan malau adalah soal remeh temeh yang tak harus diperbesarkan.

Kisah Tauladan: Isteri Berzina dengan Lelaki Lain.


Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.

Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.



PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain' di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN

Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga'. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati.

Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan'. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride' lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi'. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se'x with you, I have got a room here'. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca'h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera'. - sumber

Villa Kogelhof :Rumah Serba Futuristik di Belanda

Duk dalam rumah ni dah ibarat naik kapal angkasa nak ke bulan. Seiras kapal x-men. Ada wang berjuta? Buat la sejibik kat malaysia.


Ulangtahun Aksi Lisa Surihani Bersama dengan Yusry

Aksi manis Lisa Surihani bersama dengan Yusry KRU.

Walaupun kini sibuk dengan penggambaran filem Cicakman 3, pasangan ini sempat juga meluangkan
masa bersama-sama menyambut anniversary perkahwinan mereka di sebuah restoran, semalam.

Untuk makluman, pasangan sama cantik sama padan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari 2012 di Hotel Putrajaya Marriot Resort & Spa.

Di sini, kami kongsikan gambar-gambar romantis Lisa dan Yusry yang dikongsikan kedua-dua selebriti ini di laman sosial masing-masing.

Tahniah HM ucapkan! moga terus bahagia dan mendapat cahaya mata yang comel pada masa akan datang.





Adakah Si blode ini Kekasih Baru Aliff Aziz?

Wow! so romantikk! memang pantas sungguh Aliff Aziz mencari ‘teman pengganti' bagi mengisi kekosongan hatinya.

Melalui beberapa gambarnya bersama seorang gadis berambut ‘blonde' yang tersiar di beberapa portal hiburan, kami yakin dia sudah mempunyai pacar baru.

Apa tidaknya, sekali tengok pun sudah tahu boleh agak kemesraan yang ditunjukkan agak berbeza berbanding teman biasa.

Khabarnya, wanita itu pernah berkahwin sebelum ini dan sudah mempunyai seorang anak.

Hmm, agaknya apa pendapat peminat mengenai teman barunya ini ya? Jom layan foto selanjutnya...



Penampilan Nur Fathia Paling Memukau Di Anugerah Drama Festival KL 2014 (5 Gambar)

Penampilan Nur Fathia paling memukau di Anugerah DFKL – Buat julung kalinya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur diadakan bagi mengiktiraf industri drama tanah air serta mengeratkan lagi hubungan barisan penggiat dalam industri kreatif.

Untuk acara karpet merah kali ini, busana mewah yang digayakan pelakon jelita, Nur Fathia paling berjaya mencuri tumpuan orang ramai dan memukau. Malah kehadiran kekasihnya, Aiman Hakim di sisi menyerlahkan lagi keayuan Fathia.
Ramai yang terpukau dengan kejelitaan Fathia, jika sekali pandang pakaian Fathia tidak ubah seperti gaun pengantin.
Di bawah kami paparkan kepada anda beberapa gambar cantik Nur Fathia bersama Aiman Hakim. Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan ini bersanding pula.



Sumber

Kajian : Jalan Raya Di Malaysia Tempat Ke-17 Paling Bahaya Di Dunia


Kajian : Jalan Raya Di Malaysia Tempat Ke-17 Paling Bahaya Di Dunia | Malaysia adalah antara 25 negara yang paling berbahaya bagi pengguna jalan raya, dengan mencatatkan 30 kematian bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian oleh Universiti Michigan. Dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan universiti itu menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), senarai kajian pada Februari 2014 menunjukkan Malaysia sebagai negara ke-17 yang paling berbahaya untuk pemandu. Satu-satunya negara Asia Tenggara lain yang berada dalam ranking 25 yang paling berbahaya ialah Thailand yang menduduki tempat kedua paling berbahaya untuk pemandu, dengan 44 kematian bagi setiap 100,000 orang. Dalam perbandingan yang dilakukan, Amerika Syarikat hanya 14 mencatatkan kematian, Perancis tujuh, Jerman dan Singapura enam, dan United Kingdom hanya lima kematian bagi setiap 100,000 orang.

Purata kematian dunia adalah 18 kematian bagi setiap 100,000 orang. Namibia mendahului senarai yang paling berbahaya dengan 45 kematian dan tempat paling selamat adalah negara dengan pulau kecil, Maldives yang mencatatkan dua kematian. Semua 25 negara yang tersenarai sebagai paling berbahaya, sama ada negara membangun atau negara kurang membangun. Sebagai tindak balas mengapa Malaysia berada di kedudukan antara yang paling berbahaya, penyelidik Brandon Schoettle mencadangkan bahawa pembangunan mungkin mempunyai peranan yang besar dalam perkara ini. "Walaupun saya tidak boleh bercakap secara khusus mengenai Malaysia, kita tahu bahawa dengan peningkatan pembangunan bagi sebuah negara, kemalangan maut juga sering meningkat, " katanya sambil merujuk China dan India sebagai contoh.

Negara-negara pulau seperti Malta (tiga kematian bagi setiap 100,000), Fiji (empat), Kepulauan Marshall (empat) dan Tonga (empat) adalah negara-negara di mana kurang kemungkinan kematian akibat kemalangan jalan raya, mungkin kerana tahap kenderaan bermotor yang rendah. Di seluruh dunia, didapati bahawa kematian akibat kemalangan jalan raya membentuk hanya 2.1 peratus daripada kematian lain-lain.
Emiriah Arab Bersatu telah menduduki peratusan tertinggi dalam kemalangan maut jalan raya dengan 15.9 peratus. Kajian ini dijalankan untuk membandingkan nisbah kematian kemalangan jalan raya dengan sebab-sebab utama kematian lain. Kematian bagi setiap penduduk akibat kemalangan jalan raya dibandingkan dengan kematian daripada sebab-sebab utama kematian yang lain seperti 'neoplasma malignan' (kanser) dan penyakit jantung iskemia serta penyakit serebrovaskular. Mengikut purata dunia, didapati bahawa manusia enam kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung daripada mati dalam kemalangan kereta.

Rakyat Malaysia mempunyai 2.5 kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat kanser dan 2.8 kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung berbanding dengan kemalangan maut. Walau bagaimanapun, menurut satu kenyataan di laman web WHO, data kajian yang dijalankan mungkin tidak sama dengan angka rasmi di Malaysia kerana perbezaan metodologi yang digunakan oleh WHO dan bancian Malaysia. "Banyak set data mewakili anggaran terbaik WHO menggunakan metodologi untuk petunjuk tertentu yang bertujuan untuk perbandingan antara negara dan masa. "Oleh itu, ia tidak sentiasa yang sama dengan anggaran rasmi kebangsaan, walaupun WHO, bila-bila sahaja yang mungkin, akan menyediakan peluang kepada negara anggota meneliti kajian dan mengulas mengenai data dan anggaran sebagai sebahagian daripada perundingan negara." Oleh itu, pengelasan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbahaya untuk pemandu mungkin berbeza berbanding rekod rasmi tempatan.


lulu-page

.

99% LELAKI LEBIH SAYANGKAN ANAK DARI ISTERI

Sebelum berkahwin, bakal isteri akan dimanjakan bagaikan puteri, intan, belian, delima. Tetapi selepas kahwin dan punyai anak? Adakah kasih sayang yang diberikan secara berlebihan itu masih ada? Jom kita baca 5 pendedahan sikap suami selepas kahwin di bawah:

1) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang kepada anak daripada kepada isterinya. Hal ini dibuktikan, jika seluar anaknya terlondeh akan segera dibetulkan, tapi seluar isteri yang sudah betul, cepat2 dilondehkan.

Gambar hiasan
2) Hampir 99% lelaki lebih sayang anak daripada isteri. Kerana kanak-kanak adalah "Darah Daging", sedangkan isteri hanyalah "Pengapit Daging".

3) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak. Kerana kalau anak tidak pakai baju pasti dipakaikan baju, sebaliknya isteri yang sudah pakai baju disuruh buka baju.

4) 99% lelaki yang beristeri lebih perhatian pada anak, kalau anak tertonggeng dibantu untuk boleh berdiri. Cuba kalau isteri, sudah benar-benar berdiri disuruh menonggeng.

5) Hampir 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak. Dibuktikan ketika malam hari, kanak-kanak sedang asyik bermain disuruh tidur. Kalau isteri yang sudah tidur, diajak bermain.

Adakah ini foto adira bersama kekasihnya?


Pernah dilaporkan di blog tempatan bahawa seorang penyanyi dari akademi fantasia yang terkenal melalui lagu berjudul ilusi katakan hangat bercinta dengan seorang lelaki yang bernama Shahrun Nasrun Kamarudin.

Meskipun begitu, beberapa foto yang berlegar diruang sosial mengambarkan adira mengenali dan rapat dengan pemuda berkenaan. Jika ia benar, apakah mereka berdua merupakan sepasan kekasih ataupun sekadar kawan yang mengamalkan prinsip friendzone dalam perhubungan mereka.

Disini dilampirkan beberapa foto Adira bersama dengan lelaki misteri sewaktu mereka berdua menghadiri satu majlis berbuka puasa yang lalu.




Adakah ini benar? kalau tak benar abang ada ni adira.


Fuh Berita-Bapa tahu kematian anak melalui facebook


Putrajaya: Seorang bapa bukan saja sedih meratapi kematian bayinya yang baru berusia lima bulan dipercayai akibat tersedak susu, malah lebih memilukan kerana nasib malang menimpa anak tersayang hanya diketahuinya menerusi Facebook.

Ismail Ramli, 28, berkata beliau mendapat tahu kejadian itu selepas membaca Facebooknya lalu terus menghubungi pemilik pusat asuhan yang menjaga anaknya, Muhammad Danish Raykal di Presint 9, tetapi tidak mendapat jawapan memuaskan.



“Saya kesal perkara sebesar ini hanya diberitahu melalui Facebook, malah ketika ditanya hal berkenaan, dia (pemilik pusat asuhan) hanya jawab ‘tak tahu' dan sekadar meminta saya segera ke bilik kecemasan Hospital Putrajaya.


Tubuh anak kebiruan


“Saya bergegas dari tempat kerja di Cheras dan sebaik tiba di hospital, lihat isteri sudah ada di situ. Kami masuk ke bilik kecemasan dan melihat tubuh Danish Raykal kebiruan. Saya dimaklumkan sebelum kami tiba, doktor sudah mencuba sedaya upaya memberikan bantuan kecemasan hampir setengah jam, tetapi tidak berhasil,” katanya.

Ismail yang ditemui pemberita di rumahnya di Presint 9, berkata beliau sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung kejadian menimpa anaknya itu yang disahkan meninggal dunia kira kira jam 3.30 petang di Hospital Putrajaya.

Pusat asuhan minta maaf

Sementara itu, ibu bayi malang berkenaan, Zurinawati Ismail, 26, berkata ketika menghantar mangsa bersama kakaknya, Nur Damyya Zulaikha yang berusia dua tahun lapan bulan ke pusat berkenaan, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Dia seperti biasa, cuma malam sebelumnya, dia batuk tetapi tak teruk. Saya juga hanya tahu perkara ini melalui mesej di Facebook. Pemilik pusat asuhan ada meminta maaf dan mendakwa cuba menghubungi saya serta suami banyak kali, tetapi kononnya kami tidak menjawab panggilan.

“Apa yang menghairankan, saya langsung tak dapat panggilan berkenaan atau ada apa-apa mesej di telefon menyatakan ada menerima panggilan daripada pemilik pusat asuhan terbabit,” katanya. -BH

Fuh Misteri-Misteri Hajar Aswad yang menggegarkan NASA


Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata,Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya,Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari KaBah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara KaBah di planet Bumi dengan Kabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama Zero Magnetism Area, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaâ??Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari KaBah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

sumber dari berita yang tak sahih :

Fuh Pelik - Gadis Berjambang dan Berbulu dada

BAYANGKAN anda seorang wanita yang ditumbuhi janggut dan jambang sama seperti lelaki.Adakah anda mampu melalui ‘keanehan' ini tanpa rasa malu seperti Harnaam Kaur, 23, yang berasal dari Slough, Berkhshire ini?Dilahirkan normal, Kaur mula ditumbuhi jambang seawal usia 11 tahun lagi.Mengakui pernah berasa tertekan akibat diejek rakan-rakan, dia mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan jambang tersebut termasuklah dengan mencabut dan melunturkan warnanya.“Saya dibuli dengan teruk. Di sekolah, mereka memanggil saya ‘Si Jambang' dan ‘pondan',” katanya.Bagaimanapun, selepas dibaptiskan sebagai Sikh pada usia 16 tahun, dia berhenti membuang jambang tersebut biarpun ia sudah mula merebak hingga ke dadanya.


Ini kerana, agama tersebut melarang mereka daripada mencabut atau memotong sebarang rambut yang terdapat pada tubuh.“Saya tak akan lakukannya lagi kerana Tuhan sudah menciptakan saya sebegini. Saya rasa lebih feminim dan seksi sekarang.

“Saya cuba untuk mencintai diri saya dan tiada apa yang dapat menggoyahkan saya kini,” ujarnya.Tambah Kaur lagi, abangnya merupakan penyokong utama keputusannya dan berkata dia tetap cantik dengan jambang tersebut.Bagaimanapun, ia menimbulkan kebimbangan ibu-bapanya yang khuatir jika anak mereka tidak dapat berkahwin dan mendapat pekerjaan akibat jambangnya itu.

Dengan keyakinan itu, Kaur yang kini seorang pembantu pengajar di sebuah sekolah tidak lagi teragak-agak untuk melakukan aktiviti yang biasa dilakukan oleh gadis lain seperti membeli-belah dan bersiar-siar.“Saya harap gadis lain di luar sana dapat menemui kekuatan seperti yang saya ada sekarang. Jalanilah hidup yang anda mahukan kerana ia milik anda,” katanya.Oleh: ELZA(Sumber: Daily Mail)

Nelayan Hanyut 14 Bulan Ditemui




KELUARGA nelayan yang mendakwa hanyut di Lautan Pasifik selama 14 bulan tidak dapat menahan kegembiraan mereka selepas mendengar kisah menakjubkan bagaimana dia terselamat.
Dia hanyut apabila bot yang dinaikinya mengalami kerosakan ketika mengikuti satu trip memancing jerung di perairan selatan Mexico pada hujung tahun 2012 sebelum sejauh 12,500 kilometer dalam tempoh lebih setahun.
Dalam temubual yang berjaya membuktikan serta mengesahkan identitinya, ibu José Salvador Alvarenga, María Julia berkata, dia mendoakan keselamatan anaknya setiap hari malah melihatnya dalam mimpi.
“Dalam setiap mimpi saya memang dia masih hidup namun tiba-tiba bayangan itu hilang. Saya mengalami mimpi itu beberapa hari. “Saya terlalu gembira kerana dia masih hidup dan akan kembali kepada kami tidak lama lagi,” katanya.
Ayahnya José Ricardo Orellana berkata: “Perasaan saya bercampur-campur, sedih ada gembira pun ada. Saya tidak pernah mendoakan dia kembali kepada kami.” Anak Alvarenga, Fatima, 14, yang tinggal bersama pasangan itu juga tidak sabar menemui ayahnya itu.
“Saya akan memeluk dan menciumnya sepuas hati,” katanya.
Sementara itu, Alvarenga yang digelar ‘Lelaki Ajaib Pasifik' melalui transformasi apabila rambut dan janggutnya yang hampir merah akibat terdedah kepada matahari dan air garam dipotong selepas hanyut di lautan terbesar dunia.

Alvarenga turut mengakui semalam dia pernah terfikir untuk membunuh diri kerana hampir putus harapan.
“Namun saya cekalkan hati dan mendoakan Tuhan menyelamatkan saya,” katanya kepada akhbar Telemundo.
Menurutnya, perkataan pertama dituturkan ketika ditemui penduduk di Ebon Atoll adalah ‘Tortilla!' merujuk kepada makanan di negara asalnya.
DALAM pada itu Alvarenga pernah meminta bantuan daripada beberapa buah kapal yang melalui kawasan berkenaan namun ia tidak diendahkan, kata menteri kesihatan El-Salvador.
Selepas mengadakan pertemuan dengan mangsa di hospital, menteri berkenaan, Maria Isabel Rodriguez berkata, keadaan fizikal nelayan berkenaan adalah baik namun dia memerlukan perhatian dari segi psikologi ekoran trauma daripada kejadian itu.
Alvarenga, 37 mendapatkan rawatan di sebuah hospital berdekatan San Saldavor selepas diterbangkan daripada Pulau Marshall di mana dia dihanyutkan.

Seorang lagi kru berusia 24 tahun yang turut sama dalam trip berkenaan bagaimanapun meninggal dunia setelah mengalami masalah penghadaman empat bulan selepas hanyut dan hanya bergantung kepada air kencing, darah penyu, ikan mentah dan daging burung sebagai makanan, kata Alvarenga.
“Dia hampir berputus asa untuk kembali ke daratan setelah tidak mendapat sebarang bantuan. Alvarenga turut menceritakan bagaimana beberapa buah kapal yang menghampiri bot yang dinaikinya namun enggan menghulurkan bantuan,” kata Rodriguez dalam satu sidang media di Hospital Kebangsaan San Rafael. – Agendadaily.com

Perlawanan ke 5 Liga Super Malaysia





Perlawanan liga super untuk hari ini Februari 15, Perlawanan yang menjadi tumpuan semestinya antara Johor JDT menentang Selangor di Johor nanti.

Apa yang diharap agar penyokong kedua-dua belah pihak bergabung meletop  tidak melakukan provokasi yang akan merugikan team masing-masing.

Sepak mula dijangka berlangsung pada 8:45 malam ini. Hidup Harimau Malaya. Aumm..
     

Gambar Keindahan Alam Yang Super Beauty



Fenomena alam ini kelihatan indah dan mempersonakan, tapi semuanya nyata dan tanpa editing sama sekali. Betapa indahnya ciptaan Tuhan . Berikut foto-foto fenomena alam yang indah dan menakjubkan di seluruh dunia.









Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Blogger sahabat

About

ku cinta kau seorang