seekor anjing memamah kereta Aston Martin milik tuannya
Tak cukup dengan tulang, seekor anjing memamah kereta Aston Martin milik tuannya yang berharga £80,000 (lebih RM430,000).
Akibatnya, anjing berusia empat tahun tersebut bakal memiliki tuan baru tidak lama lagi.
Royston Grimstead, 42, dari Chedzoy, Somerset, England berkata dia pulang dari kerja pada satu hari lalu mendapati mulut anjingnya mempunyai sesuatu berwarna putih.
Dia menyangka bulu burung namun selepas diperiksa, rupa-rupanya ia adalah serpihan gelas fiber dari kereta Aston Martin DB9 Volante yang baru dibelinya 15 bulan lalu.
Selain disebabkan insiden ini, Grimstead mendakwa mahu menjual anjingnya kerana didapati tidak ngam dengan seekor lagi anjing peliharaannya.
Apa pun tak payah nak selindunglah Grimstead, kami pasti ini adalah sebab musabab utama anjing itu nak dijual kan?
Berlaku jujurlah, harap-harap beritahu awal-awal tuan baru anjing tersebut tentang tabiat makan anjing ini.
- REM RAMZI
Sumber: METRO UK
0 comments:
Post a Comment