Nathan Verhlest minta suntik untuk mati kerana kecewa pembedahan kelaminnya gagal

Seorang rakyat Belgium berusia 44 tahun, Nathan Verhlest minta suntik untuk mati kerana kecewa pembedahan kelaminnya gagal. Nathan menyebut kegagalan ini sebagai penderitaan psikologi yang tidak ditanggung .

Dikutip dari Dailymail , Rabu (2/10/2013), Nathan pada awalnya adalah seorang perempuan bernama Nancy , telah melakukan terapi hormon pada tahun 2009 dan menukar kelaminnya menjadi kelamin lelaki pada tahun 2012.

Kepada akhbar Belgium Het Nieuws sebagaimana dikutip dari News.com.au, Rabu (2/10/2013), Nathan menyebut pembedahan ini membuatnya nampak mirip monster.

"Saya bersedia untuk meraikan kelahiran baru saya," katanya.

"Tapi ketika saya melihat cermin, saya merasa jijik dengan diriku sendiri. Bahagian dada saya tidak sesuai dan kelamin baru saya kelihatan seperti raksasa, sangat menjijikkan. "

Permintaan ini lantas disokong oleh doktor yang menangani trauma psikologi Nathan, Dr. Distelmans.



"Nathan telah menjalani kaunseling selama enam bulan, saya fikir dia telah layak untuk mendapatkan tuntutannya," tambah doktor.

Disiarkan The Telegraph, Rabu (2/10/2013), Jacqueline Herremans, ahli jawatankuasa euthanasia nasional mengatakan kepada televisyen RTL, Nathan telah diperiksa oleh dua doktor termasuk pakar psikiatri untuk memastikan dirinya tidak mengalami kemurungan sementara.

Kes ini telah menghidupkan kembali perdebatan di Belgium mengenai apakah euthanasia harus diberikan kepada mereka yang secara psikologi bermasalah atau hanya untuk pesakit yang sakit teruk.

Belgium mencatat rekod jumlah 1.432 kes euthanasia pada 2012 yang naik 25 peratus daripada tahun sebelumnya. Belgium menjadi negara ketiga yang mengesahkan pemberlakuan eutenasia selain Belanda dan Luxembourg.




0 comments:

Post a Comment

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Blogger sahabat

About

ku cinta kau seorang