Asmirandah Murtad, Peluk Agama Anutan Suami?



Bagi yang mengikuti perkembangan artis seberang, pastinya anda mengenali figura bernama Asmirandah ini.
Dilaporkan pelakon sinetron berusia 25 tahun yang beragama Islam ini sudah pun bernikah dengan kekasihnya, seorang penganut Kristian iaitu Jonas Rivanno pada 17 Oktober tahun lalu.
Difahamkan ketika bernikah, suami aktres tersebut belum lagi memeluk agama Islam sehingga menyebabkan Asmirandah terpaksa membuat tuntutan membatalkan pernikahan mereka.
Walaupun begitu, hubungan mereka masih lagi terjalin seperti biasa dan menurut sumber media di Indonesia, demi cintanya yang mendalam terhadap suami, Asmirandah dikatakan sudah murtad dan memeluk agama anutan suaminya itu.
Perkara ini dibuktikan dengan penyebaran sebuah gambar di mana aktres itu dilihat sedang berdoa di gereja yang turut ditemani suami tersayang, baru-baru ini.

Ketika ditemui media di sana, Asmirandah menyatakan, “agama hak saya, iman juga hak saya. Terserah, mahu melihat saya seperti apa. Ini urusan saya dengan Tuhan”.
Untuk makluman anda, perkahwinan berlainan agama di Indonesia dibenarkan dan antara pasangan selebriti popular yang mengamalkan gaya hidup sebegitu ialah pelakon veteran Jamal Mirdad, seorang Islam berkahwin dengan Lydia Kandou, penganut Kristian.
Anak lelaki pasangan itu dikhabarkan menganut agama Islam sementara anak perempuan mereka, iaitu pelakon popular Naysilla Mirdad dan Nana Mirdad dilaporkan mengikut agama ibu mereka.
Walau bagaimanapun, pasangan tersebut sudah pun bercerai Julai tahun lalu setelah 26 tahun hidup bersama.
Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Blogger sahabat

About

ku cinta kau seorang