fuh pelik - Patung Manusia di Taman Frogner Park






Di dalam Frogner Parkterdapat 212 patung yang diperbuat daripada gangsa dan granit yang direka oleh Gust av Vingeland .

Ia membuat sendiri imejnya pada tahun 1924 dan sempat berhenti pada tahun 1950. Pembuatan taman sendiri ini memerlukan masa bertahun-tahun. Sayangnya, pembuat patung ini meninggal sebelum taman ini selesai diselesaikan.

Ternyata patung-patung ini tidak 'se-porno' yang anda bayangkan. Beratus-ratus patung karya Gustav Vingeland ini merupakan gambaran fasa kehidupan manusia. Mulai dari janin - kanak-kanak kecil , bayi ,remaja hingga dewasa.


Motif dominan patung-patung ini adalah hubungan intim antara lelaki dan wanita. Sebahagian besar patung juga menggambarkan orang-orang yang terlibat dalam pelbagai aktiviti, seperti lari, gusti, menari, memeluk, berpegangan tangan, dan sebagainya.










fuh hebat - Barangan Logam dengan seni yang unik




Dalam usaha untuk subversif budaya bordir tradisional, artis Lithuatian Severija Inčirauskaitė-Kriaunevičienė menerapkan pola bunga dan corak hiasan yang boleh didapati di majalah . Seni sulaman pada benda-benda logam seperti pinggan, sudu, lampu dan bahkan pintu kereta. Benda berfungsi dihiasi dengan karya tekstil tradisional yang tentu saja tak terduga dan kelihatan lucu.





















Source: zamrispoon

fuh pelik - Pokok Manchineel sedap tetapi manis




Pokok bernama Manchineel diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records . Sangat berbahaya , pokok ini diberi notis peringatan yang ketara agar orang tidak menghampiri .

Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga diberi amaran supaya menjauhi dengan pokok ini . Buahnya seakan-akan buah epal kecil , tapi hanya menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU . Tidak hairan buah ini dinamakan manzanita de la muerte alias buah kematian oleh Christopher Columbus .

Nicola H Strickland , perunding radiologi , pernah menjadi mangsa racun pada buah yang ternyata rasanya manis . " Lama - lama ada rasa pedas yang aneh di mulut yang berkembang menjadi terbakar seperti tekak dirobek dan sesak nafas , " katanya . Kesannya hingga 2 jam yang membuatnya tidak boleh menelan apa-apa dan selama 8 jam untuk reda kembali ke normal .

Tidak hanya buah , getah berwarna putih susu pada batangnya juga sangat beracun hanya setitis saja boleh menyebabkan kulit melecur , dermatitis dan bengkak . Banyak pelancong yang mengalaminya saat berteduh dari hujan di bawah Manchineel kerana tidak tahu bahayanya . Getah dari batang yang dibawa dari titisan hujan pun juga menyebabkan luka .

Manchineel berwana hijau muda , daun bujur dan boleh tumbuh setinggi 50 kaki serta menggunakan buah yang manis sebagai perangkap . Jenis ini biasanya tumbuh di Bahamas , Florida dan Caribbean . Asap dari pokok Manchineel yang terbakar boleh menyebabkan kebutaan sementara hingga kekal .









fuh pelik - Wadi Us-Salaam - Tanah Perkuburan Islam Terbesar di Dunia




Wadi Us-Salaam (Lembah Damai) terletak di Najaf, Iraq, adalah tanah kubur terbesar di dunia yang merangkumi kawasan seluas 1.485,5 hektar dan terdapat berjuta-juta kubur. Tempat ini adalah simbol iman Syiah, yang menyatakan bahawa jiwa lelaki dan wanita yang setia akan berehat di sana, tidak peduli di mana tubuh mereka dikuburkan.

Wadi Us-Salaam terletak dekat tempat suci Imam Ali bin Abi Talib, Imam pertama dari ajaran Syiah. Sudah menjadi kebiasaan, semua pengikut Syiah meminta untuk dikebumikan di lokasi tersebut. Dianggarkan 500,000 mayat dikebumikan di sini setiap tahun. Kerana kehadiran militia Iraq di lokasi itu, maka pengebumian dijaga ketat oleh tentera.








fuh pelik - Padang Rumput yang unik bila dipijak




Dunia mempunyai banyak fenomena yang unik dan belum dapat dijelaskan . Salah satunya adanya " tilam air " pada tanah yang berumput . Ya , sepetak tanah yang berumput menjadi kenyal seperti puding .

Fenomena aneh itu diabadikan dalam rakaman video yang terjadi di sebuah laman belakang kedai di Portland , Oregon , pada Jun 2012 . Dalam video itu kelihatan seseorang lompat - lompat di atas tanah itu yang akhirnya bergerak - gerak seperti belon air . Akhirnya fenomena itu dibincangkan stesen TV CBS yang menimbulkan spekulasi awam , salah satunya teori " panacam " .

Pihak pembangunan akan meletakkan lembaran plastik di tanah yang terjejas teruk kemudian menanam rumput di atas tanah yang diletakkan di atas plastik , " kata seorang pekerja disitu . " Jika perkara ini berlaku , maka kemungkinan airnya pecah dan memenuhi plastik di bawah lapisan tanah mencipta buih . " Selain teori buih air , masih ada kemungkinan lain iaitu faktor gas alam di bawah tanah . " Bagaimanapun ada plastik di bawah tanah dan apa - apa yang ada di plastik itu menimbulkan gelembung , " tambah pekerja tersebut .

Boleh dilihat di YouTube bahawa kewujudan " tilam air rumput " di Oregon itu bukan satu - satunya . Fenomena ini disebut - sebut biasa dijumpai di lapangan golf , salah satunya yang berukuran 18 inci di Greywolf Golf Course . Khabarnya hal itu disebabkan oleh pecahnya paip gas di bawah tanah lapangan golf .

Inilah video fenomena " tilam air " di tanah berumput :





fuh pelik - Realiti atau Fantasi? Kos Sara Hidup Tinggi



Tahun 2014 disambut dengan keluhan rakyat mengenai peningkatan kos sara hidup. Biarpun laporan beberapa agensi penarafan kredit antarabangsa menunjukkan penilaian stabil, positif dan memberangsangkan, namun keluhan rakyat masih belum reda, malah semakin kuat.


Laporan The Edge pada 24 Disember 2013 menyatakan bahawa Malaysia ditangga pertama dalam senarai Bank Dunia dari segi kemudahan kredit bagi syarikat kecil dan sederhana. Bank Dunia juga yakin yang Malaysia amat berpotensi untuk menangani risiko secara efektif.


Laporan The Edge ini yang positif ini dilihat konsisten dengan rekod laporan Bank Negara yang turut menunjukkan angka yang memberangsangkan. Pada 31 Disember 2013, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM441.7 bilion (bersamaan dengan USD134.9 bilion) yang mana memadai untuk membiayai 9.6 bulan import tertangguh dan 3.7 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM14.5 bilion berbanding tahun 2012 yang hanya merekodkan jumlah RM427.2 bilion.

Kedudukan rizab yang lebih tinggi mencerminkan lebihan akaun semasa yang berterusan dan kemasukan pelaburan langsung asing, dana portfolio bukan pemastautin dan dana perbankan yang memberangsangkan.

Berdasarkan Bajet 2014 yang dibentangkan pada Oktober lepas, pertumbuhan yang dipacu oleh pelaburan swasta dijangka meningkat sebanyak 12.7% dan permintaan eksport pula meningkat pada kadar 2.5%. Oleh itu, kerajaan menjangkakan ekonomi negara akan berkembang lebih kukuh pada kadar 5% hingga 5.5% tahun ini. Selain itu, sektor pembinaan dianggar meningkat pada kadar 9.6 peratus dan sektor perkhidmatan pula sebanyak 5.7 peratus.

Kerajaan juga menjangkakan kadar pengangguran pada 3.1% dengan kadar inflasi pada 2%-3% 2014.

Bagaimanapun, pada hujung Disember 2013 kadar inflasi telah mula meningkat melebihi 3%. Januari ini, inflasi Malaysia berada pada kadar 3.2%. Standard Chartered Bank (StanChart) South East Asia Global Research melaporkan bahawa kadar inflasi dijangka mencapai 3.4% selama 9 bulan pertama tahun ini.

Di masa yang sama, ekonomi dijangka tumbuh sehingga 3.5% pada tahun ini berbanding 2.7% tahun lepas dan GDP juga dijangka tumbuh pada kadar 5.3% berbanding jangkaan awal 4.7%.

Malangnya, laporan dan angka positif nampaknya tidak dapat menenangkan hati rakyat apabila harga barangan pengguna meningkat daripada 2.9% pada November lalu kepada 3.2% tahun ini.


Satu kajiselidik oleh Reuters menjangkakan harga barangan akan terus meningkat lagi. Peningkatan ini adalah kesan langsung dari langkah pengurangan subsidi oleh kerajaan.

Selain itu, sejak Disember lepas, Ringgit Malaysia terus jatuh berbanding British Pound, US Dollar dan Chinese Renminbi yang mana menjadikan nilai import dari negara-negara tadi menjadi lebih tinggi.


Keadaan menjadi lebih buruk apabila terdapat peniaga yang bertindak meningkatkan harga barangan sewenang-wenangnya sebagai mengambil kesempatan dari isu pengurangan subsidi. Pihak pembangkang pula menangguk di air keruh dengan menjadi dalang bagi menambahkan lagi keresahan rakyat.


Namun, di sebalik angka-angka dan keluhan serta rungutan yang didengari, seorang rakyat Malaysia pastinya berbohong jika menyatakan yang beliau perlu melakukan perubahan drastik bagi mengimbangi kos kenaikan sara hidup pada hari ini.


Dari apa yang dilihat, walaupun saban hari merungut mengenai harga barang di laman-laman sosial, hampir tiada seorang pun dari mereka yang perlu melakukan apa-apa perubahan demi meneruskan kelangsungan hidup. Dalam kata lain, mereka masih meneruskan rutin seperti biasa, berborak di kedai mamak berjam-jam walaupun mulut mengomel yang harga teh tarik semakin mahal. Sekali gus, membuktikan yang mereka mampu menangani kenaikan itu.


Justeru, walaupun tiada kajian terperinci mengenai berapa ramai rakyat Malaysia yang terpaksa menukar cara hidup bermula awal tahun ini akibat kenaikan kos sara hidup, tetapi kita tahu bahawa keadaan sebenarnya tidaklah seburuk seperti yang dirungutkan.


Hakikatnya, kerajaan tidak mungkin akan terlepas pandang sekiranya rakyat benar-benar tertekan kerana ia pasti akan memberi kesan buruk kepada kedudukan ekonomi negara secara keseluruhan. Sedangkan, kedudukan ekonomi negara amatlah memberangsangkan.


Keadaan rakyat yang tertekan akan diterjemahkan melalui kedudukan institusi kewangan yang akan turut tertekan di mana jumlah pinjaman tidak berbayar akan meningkat dan dayabeli pengguna akan menurun sehingga peniaga kerugian. Aktiviti ekonomi seperti pembangunan dan perniagaan akan semakin perlahan dan mungkin terhenti terus. Pengangguran pastinya meningkat sekali gus, menggandakan kesan rangkaian tadi.

Kesan seperti ini telah dilihat berlaku ketika krisis ekonomi 1997/98.


Namun, kesan seperti ini tidak berlaku pada hari ini. Seperti yang dikatakan tadi, harga barangan yang meningkat masih tidak memaksa rakyat untuk mengubah cara hidup. Ini bermakna kenaikan yang berlaku berada di kadar yang bersesuaian dan tepat.


Rakyat perlu memahami dan mengakui hakikat ini sebelum menghalakan kemarahan kepada kerajaan. Seharusnya rakyat membantu kerajaan untuk memburu peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tidak masuk akal dan bukannya turut membantu mereka memburukkan kerajaan.


Kesimpulannya, peningkatan kos sara hidup adalah realiti, bukan fantasi. Namun, peningkatan tersebut adalah pada kadar yang sesuai dan mampu ditanggung oleh rakyat Malaysia. Oleh itu adalah salah untuk kita menyalahkan kerajaan kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah tepat iaitu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara tanpa menjejaskan rutin hidup rakyat.

fuh pelik - Pokok getah keluar susu 6 kilo setiap hari





Kuala Kangsar 22 Jan.- Seorang pekebun kecil dikampung Bendang Selising,Sauk dekat sini mendakwa dua batang pokok getah klon istemewa yang ditanamnya mampu mengeluarkan susu enam kilogram setiap hari dengan sekali torehan.


Abu Sabri Adnan,63,yang juga ketua kampung berkenaan berkata,kedua-dua pokok getah itu yang ditanam sejak 19 tahun lalu,mengeluarkan susu kira-kira 12 jam setiap kali toreh.


Menurutnya,biasanya dia akan menoreh pada pukul 7 pagi dan pokok getah yang mempunya ukurlilt hampir 190 sentimeter itu hanya akan berhenti mengeluarkan susu pada pukul 7 malam.

saya tidak menggunakan mangkut biasa bagi menadah susu getah sebaliknya terpaksa menggunakan tong yang lebih besar kerana jika tidak,getah itu akan melimpah.

setiap kali ditoreh saya dapat enam kilogram susu daripada kedua-dua batang pokok ini atau tiga kilogram setiap pokok.


saya tidak pernah gunakan bahan penggalak susu atau baja khas,pokok ini mengeluarkan susu secara semula jadi,''dakwanya ketika ditemuai disini semalam.


Sementara itu wartawan Utusan Malaysia yang membuat tinjuan pada pukul 4 petang disini semalam mendapati,kedua-dua batang pokok itu masih mengeluarkan susu walaupun ditoreh pada pukul 7 pagi.


Menurut Abu Sabri kedua-dua batang pokok itu adalah getah dari Klon 361 yang dibeli daripada seorang pekebun keturunan cina dengan harga RM2 sepokok kira-kira 19 tahun lalu.


Menurutnya dia beli lima anak pokok getah untuk proses cantuman supaya klonya membiak,namun tiga darpadanya mati selepas ditanam akibat patah dipukul ribut.


Kedua-kedua pokok getah ini mula ditoreh ketika berusia sembilan tahun dan sehingga hari ini pokok ini masih mengeluarkan susu yang banyak dan keadaannya masih subur.

Saya cuma menoreh selang sehari bagi mengelak terlalu banyak bekas torehan dan tidak mahu memaksa pokok ini mengluarkan susu setiap hari,dibimbangi getahnya akan berkurangan atau ada lain-lain kesan jika ditoreh setiap hari,''katanya.


Dia yang memiliki kebun getah seluas empat hektar memberitahu,sehingga kini dia belum membiakkan baka pokok getah istemewa itu menerusi teknit cantuman pocuk kerana kurang mahir untuk melakukanya.

Katanya dia mahu berkongsi dengan orang ramai tentang rahsia klon pokok getah itu dan mencadangkan pihak yang berkenaan supaya membuat kajian.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Blogger sahabat

About

ku cinta kau seorang