Transformasi Mike Waudby (12 gambar)

'
Lelaki dengan berat sekitar 190 kilogram telah memulakan workout selepas berkenalan dengan teman wanitanya iaitu morgan selama 18 bulan. 

Mike mula tertarik dengan morgan apabila wanita berkenaan mengungkap yang manusia seharusnya tidak dinilai berdasarkan luaran semata-mata.

Bermula saat itu, Mike Waudby, 31 tahun telah memulakan sesi workoutnya yang membawa kepada perubahan yang super cool dramatic bebeh sehinggakan beliau digelar Mr. Muscles

Dibawah ini disertakan sekali gambar-gambar beliaun sebelum dan sewaktu post ini ditulis. 
checkitdot...














Seni artistik yang unik - Cheeming Boey

Cheeming Boey, merupakan seorang artis yang super hebat apabila beliau menhasilkan seni contengan hanya dengan disposable coffee cup dan marker pen sahaja.
Beliau berlatih menghasilkan teknik ini pada pada awal 2006.
Hasil usaha beliau, Boey mampu menjual seni artistik cawan itu dengan harga 120-220 dollar secawan.
pstttt!. $200 tu dah lebih kurang RM700 satu cup kosong. perhhhhhhhh!!






.
!

Apabila gambar mula berbicara - Terengganu Kawasan bebas banjir, kini banjir.

Sumber gambar dari : www.guatv.com 


Sebagai manusia yang sekadar merancang, tuhan juga yang menentukan. Disebabkan overconfident, kawasan yang bebas dari banjir yang diwar-warkan oleh pemaju kini banjir. Jangan tunjuk takbur dan riak. sebab bila-bila masa sahaja ujian akan datang.

{Raw Footage} Kanak-kanak dibelasah di dalam lif. oh my china



Wajah bayi 18 bulan yang dipukul oleh budak perempuan di dalam banggunan di china. Gambar: http://www.ibtimes.co.uk


Di katakan bahawa, seorang budak perempuan telah menendang serta memukul seorang bayi sehingga mati.

Menurut Ms. Wu, Beliau keluar bersama cucunya yang berumur lebih kurang 17 bulan untuk keluar bermain.


Ketika, di lif, Ketika Ms. Wu ni keluar, secara tiba-tiba pintu lif ini tertutup meninggalkan cucunya di dalam lif terbabit.

5 minit kemudian, beberapa penduduk di situ menemui cucu Ms. Wu ini di dalam keaddan berlumuran darah. Dari rakaman cctv lif berkenaan. Video telah menunjukkan terdapat seorang budak perempuan yang memukul dan menendang cucunya itu dan mencampak cucunya keluar dari lif berkenaan.

Aksi Guru tadika dengan teknik "The hamburger"


Seorang guru tadika di china telah mengundang kemarahan ibu-bapa kanak-kanak kerana menindih kanak-kanak terbabit dengan menggunakan tilam ala-ala burger gitu.. Ibu-bapa yang berang dengan perilaku terbabit menyatakan ketidakpuasan hati mereka di  laman rasmi Weixin,  Xioaoxiang Morning Hereld's 

Pun begitu, guru itu memberi alasan bahawa, ia merupakan satu pendidikan keselamatan yang di panggil "the hamburger". Aktiviti itu bertujuan untuk mendidik kanak-kanak berkenaan dengan pendidikan kesihatan dan juga untuk memberikan kelainana dalam aktivtiti pembelajaran mereka

cukup haram jadah cikgu terbabit. Ini kerana sekiranya cikgu terbabit dihamburgerkan oleh abam-abam di Malaysia secara khususnya, kemungkinan besar guru terbabit selamat dikuburkan di dalam longkang atau kawasan yang sekitar dengannya. 

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 5 - Full Episode


Akan datang

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 6 - Full Episode



Akan datang

Tips perisian wajib untuk komputer dan laptop.

Jika korang terformat laptop atau pc dan sememangnya agak janggal sekiranya pc atau laptop korang tak tahu nak install apa software yang perlu. korang di bawah ini merupakan senarai software yang asas yang boleh diguna pakai sebagai panduan untuk korang guna dikemudian nanti.



Antivirus - Perisian antivirus yang wajib dimasukkan dalam mana-mana komputer atau laptop baharu. Mampu melindungi pc dari serangan malware di internet.
http://windows.microsoft.com/en-us/windows/security-essentials-download




Open office - untuk menulis dan membaca dokumen dari format-format popular seperti docx. pprtx dan sebagainya
http://www.openoffice.org/download/




Internet download manager -  Perisian altenatif download manager yang sedia ada. Mampu meningkatkan kebolehan untuk memuatturun fail dari internet.
http://www.internetdownloadmanager.com/download.html




Foxit Reader - perisian yang digunakan untuk membaca format .pdf. sifat dia yang ringan menjadi pemilihan kami sebagai pembaca pdf  yang utama.
http://www.foxitsoftware.com/Secure_PDF_Reader/


Browser - Chrome menjadi pilihan tertinggi kerana ia lebih ringan dan pantas berbanding dengan browser yang lain. setakat ini kami melakukan benchmark terhadap chrome dan juga firefox, ternyata kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa pun pilihan ditangan anda. Muatturun chrome di sini.
https://www.google.com/intl/en/chrome/browser/

Itu saje perkongsian untuk hari ini. kalo ada cadangan dan maklumbalas. sila komen di bawah yeee.








Drama : Sinopsis Menjinak Ombak



Selepas berakhirnya drama ‘Kampung Girl’, slot drama TV3 Zehra kembali mempersembahkan sebuah drama bersiri yang penuh misteri, Menjinak Ombak bermula 6 Disember 2013, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Eurofine Studios Sdn Bhd ini diarahkan oleh Along Kamaruddin, nukilan skrip oleh Azlan Din dan membariskanan pelakon popular tanahair seperti Shukri Yahya (Firhad), Fezrul Khan (Tengku Fatah), Risteena (Syakinah), Talha Harith (Asyraf) dan ramai lagi.

Sinopsis Menjinak Ombak.

Mengisahkan kisah cinta penuh tragedi berdasarkan cinta tiga segi di antara 3 jejaka yang merebut cinta seorang gadis sunti iaitu anak kepada seorang Imam yang begitu patuh pada pegangan agamanya. Malah, setiap jejaka itu menyimpan rahsia yang penuh misteri. Oleh kerana sikap yang terlalu taksub dan tamak, ada di antara jejaka itu sanggup hidup dengan bertopengkan agama serta membuat hukuman sendiri dengan melakukan pembunuhan demi menutup pekong di dada!

Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Tengku Firhad dan Arsyaf. Tengku Farhad merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Arsyaf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Arsyaf sebagai abangnya sendiri.

Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.

Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.

Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.

Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segeran menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!

Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.

Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.

Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat lapuran polis lalu Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Firhad selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Firhad lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.

Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Arysaf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.

Siapakah Tengku Fatah yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan kes pembunuhan Hanani dan Firhad? Berjayakah Tengku Fatah membunuh Asyraf? Berjayakah Firhad menyelamatkan Syakinah yang telah ditikam oleh Tengku Fatah? Bagaimana berakhirnya percintaan Firhad terhadap Syakinah? Teruskan menonton kisah cinta penuh tragedi ‘Menjinak Ombak’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 6 Disember 2013 di TV3.





kredit to : kepalabergetar

Gambar-gambar banjir di Kuantan 2012




Hujan yang turun pada awal pagi lebih daripada lima jam telah menyebabkan Kuantan dilanda salah satu daripada banjir terburuk dalam beberapa dekad ini dan menjadikan bandar ini mengelamai kesesakan jalan raya di jalan-jalan utama yang dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Pada hari Isnin lalu, lebih 300 penduduk dari beberapa kawasan di Bandar Kuantan terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat bantuan. Manakala, di sesetengah kawasan, kereta telah terkandas dan menyaksikan kesesakan lalu lintas yang serius di Kuantan.

Antara jalan yang ditenggelami banjir sehingga 3 petang Isnin adalah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kebanyakan sistem perparitan yang sedia ada didapati terlalu sempit dan sudah usang menyebabkan ia tidak dapat menmpung air hujan sehingga ia melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar pusat bandar.

Berikut laporan dari Bernama:

"Ketika saya terbang tadi (dengan helikopter) buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat.

"Tapi saya perhatikan banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh nak keluar. Saya harap kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat kaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan ini,"

Sementara itu, Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhamad Safian Ismail berkata setakat 5 petang, seramai 594 mangsa banjir di negeri ini telah ditempatkan di enam buah pusat pemindahan iaitu empat di Kuantan dan masing-masing sebuah di Pekan dan Rompin.

Di Kuantan, selain SK Galing, seramai 77 orang mangsa bvanjir ditempatkan di SK Cenderawasih, Sekolah Menengah Pandan (93 orang) dan Balai Raya Tanjung Lumpur (20 orang).

Manakala di Pekan, seramai 66 orang mangsa ditempatkan di SK Sungai Miang dan di daerah Rompin seramia 36 mangsa ditempatkan di Balai Raya Lintang.

Kemaskini Terkini: 25 Disember / 12.00 tengahhari

Hanya tinggal satu jalan sahaja yang ditutup untuk kesemua jenis kenderaan iaitu di KM 29 Jalan Sungai Lembing - Kuantan

Menurut laporan dari Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebanyak 12 pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu 10 di Kuantan dan masing-masing satu di Rompin dan Pekan. Manakal seramai 1806 mangsa banjir yang ditempatkan dipusat-pusat pemindahan.

Kemaskini Terkini : 26 Disember 2012 / 12.00 tengahari

Jumlah jalan yang ditutup kini meningkat kepada tujuh batang jalan iaitu:

  • Jambatan Sungai Charu Ke Sungai Lembing
  • KM 28, Sg. Charu Jln Sg. Lembing
  • KM 16, Sg. Riau, Sg. Lembing
  • Jambatan Besi Sg. Oak Kuala Tahan
  • Jalan Kg. Terisik dan Kg. Belebar
  • KM 18, Jalan Kuantan By Pass Selepas Balai Bomba Gebeng
  • Jambatan Kuala Kenau, Sungai Lembing



Bilangan mangsa banjir di Pahang semakin meningkat iaitu sebanyak 3,196 mangsa 

















Gambar:http://omakkau.blogspot.com 



Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Blogger sahabat

About

ku cinta kau seorang