Punca Masalah cepat pancut oleh lelaki



7 Punca Masalah cepat pancut  oleh lelaki


Masalah cepat pancut antara gejala yang paling di takuti oleh lelaki. Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah tujuh sebab kenapa masalah cepat pancut terjadi:
  

1.Keyakinan yang rendah
Keyakinan rendah suami untuk puaskan isterinya akan jadi penyebab dia alami masalah cepat pancut. Ini kerana dia akan ragu–ragu dalam tindakan dia untuk merangsang isterinya. Ragu–ragu hanya akan merosakkan hubungan seks.

2.Zakar yang terlalu sensitif
Kepala zakar yang terlalu sensitif terhadap rangsangan juga akan jadi penyebab kepada masalah cepat pancut.

3.Tidak pandai bersetubuh
Lelaki yang tiada ilmu yang cukup untuk melakukan persetubuhan pasti akan alami masalah cepat pancut. Ini kerana, mereka hanya ikut nafsu mereka sahaja tanpa memikirkan pasangan.

4.Kurangnya ilmu mengenai organ seksual wanita
Bagi lelaki yang terlalu fokus pada dua organ seksual utama wanita iaitu payudara dan vagina, mereka akan tewas awal kerana mereka rasakan sudah cukup untuk rangsang isteri mereka melalui rangsangan pada dua organ ini. Padahal organ seksual wanita adalah seluruh badan termasuklah pemikiran. Anda perlu rangsang semuanya untuk beri kepuasan pada isteri supaya dia datang inzal.

5.Tertekan
Perasaan tertekan menyebabkan anda ingin cepat tamatkan hubungan seks. Hasilnya, anda akan datang inzal lebih cepat dari isteri.

6.Tidak cukup terangsang
Mereka yang terangsang secara fizikal dan emosi akan sabar untuk menikmati hubungan seks.

7.Marah
Perasaan marah pada pasangan akan menyebabkan anda terleka dari mengatur rangsangan yang sepatutnya.


Jika anda dapat elak dari tujuh penyebab di atas, anda pasti tidak akan alami masalah cepat pancut.

Najib Berjaya bendung ancaman anwar :typo WTF:



Sumber dan bacaan lanjut http://www.malaysiakini.com/news/261169

Punca Pengantin mati sebelum bersanding

Luahan hati cikgu mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah



Assalamualaikum...
Bersua kita dalam entry yang serious...
Sebenarnya takut jugak nak tulis...
Sebab kot2 ada orang print letak atas meja pengarah...dan2 tu kne tindakan tatatertib... kne pindah Sabah ke mana... gelap la jalan hidupku...
Tapi...
Bila fikir...
Pendapat peribadi..
Takkan xboleh kot...
Takkan kita xboleh bercerita dan memberi pendapat...
Sebab kekadang dalam membuat tindakan...
Mungkin ada terlepas pandang mana2 sisi...
Maka kalau ada pendapat untuk ditambah baik... bukankah lebih bagus?


Dan aku terpanggil untuk menulis ini juga adalah untuk membersihkan nama baik tugas guru dari pandangan serong mereka-mereka yang selain dari kerjaya seorang guru... iya.. gambaran yang diberikan oleh sesetengah pihak seolah-olah bahawa guru sangat teruk kerana hanya pandai mengomen dan tidak melaksanakan PBS dengan betul.. sedih tau... rasa macam sia-sia jek bertungkus lumus bersengkang mata cuba sehabis daya untuk melaksanakan PBS tp di akhir cerita seolah-olah cikgu ni apa pun xbuat... dan bertambah sedih bila kenyataan itu dikeluarkan oleh pihak yang sepatutnya membela nasib guru... T___T

Maka...sekali lagi aku tegaskan..bahawa ini adalah pandangan peribadi...tanpa sebarang niat untuk menghasut apatah lagi nak ajak demo gulingkan kerajaan... bukan ok... cuma nak cerita pasal PBS dan nasib guru kerana dipersalahkan...

hanya untuk membuka mata bagi mereka yang tidak pernah tahu tentang PBS atau mendapat maklumat yang salah...



Ini adalah kisah benar dari aku yang telah menjadi pentaksir PBS malah pernah memegang jawatan S/U PBS sebelum pindah dan memegang jawatan Pen S/U PBS di sekolah baru.... aku guru sekolah menengah...mengajar Tingkatan 1,2 dan 3... kalau cikgu sekolah rendah aku xpasti bagaimana pengalaman mereka... diorang lagi la.. 2011 dah mula untuk budak darjah satu... (Ezry anaknsaudara aku la batch itu.. batch eksperimen... xtau la mcm mna UPSR dia nnt huhuhu~~).. maka cerita ini adalah sangat panjang... kalau takut juling...jangan baca... kalau ada niat tidak baik terhadap aku juga sila jangan baca.. saya merayu supaya entry aku ini tidak disalahtafsirkan... anggap je korang baca ruangan komentar di mana2 surat khabar *(aku ada terfikir nak hantar kat ruangan paper tu...tp mcm pendek sangat..nnt takut apa yang aku nak ceritakan xsampai... jadi tulis kat blog boleh panjang-panjang... )


2011

Alkisah bermula pada penghujung 2011 apabila KPM mengumumkan bahawasanya PMR akan dimansuhkan bermula 2014... maka bermula saat itu...kita diperkenalkan dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS... Pentaksiran... untuk menggantikan penilaian..... PMR kan Penilaian Menengah Rendah...

Dari segi istilah..pentaksiran membawa maksud... sila rujuk kamus dewan.. tapi secara ringkas membawa maksud penilaian secara menyeluruh... xfaham? Begini... kalau pelajar jawab silap... kita bagi semula soalan tu untuk dia jawab... sampai dia boleh jawab dengan betul... xde istilah markah... bagus kan PBS ni? Hehehe.. itu baru maksud... tak masuk pelaksanaan lagi tu... jeng jeng jeng...

Maka...bermula penghujung 2011... semua guru yang mengajar menengah rendah berasa suspen terutamanya guru-guru yang mengajar tingkatan 1.. ye la..tahun 2012 bermula pelaksanaannya..tapi satu maklumat pun xdapat...yang diberitahu.. PBS ganti PMR...


2012

Maka masuklah tahun 2012.... masih tiada sebarang maklumat.. maka cikgu2 dengan penuh iltizam... mengajar dengan penuh semangat seperti biasa... terkontang kanting tanpa sebarang maklumat antara PBS dan PMR... sehinggalah pertengahan Mac - April... wakil guru tingkatan 1 bagi setiap subjek bagi setiap sekolah dipanggil untuk Kursus Penyebaran Maklumat PBS Tingkatan 1... Kursus selama 4 hari.. pulang dari kursus itu..setiap guru diwajibkan untuk memberi taklimat kepada rakan2 guru subjek yang lain... maka.. secara kesimpulan... akhir bulan April baru guru-guru mendapat maklumat tentang PBS... antara yang diberitahu ..

1) Tiada peperiksaan untuk pelajar... 100% PBS...

2) PBS dibahagi 2 iaitu PS = pentaksiran sekolah dan PP= pentaksiran pusat

Pentaksiran sekolah dilakukan oleh cikgu.. 100% cikgu mengikut DSP yang dikeluarkan lembaga peperiksaan... DSP inilah yang dibahagikan kepada 6 band.. band 1 - band 6... band 1 paling lemah...band 6 paling hebat... dan setiap band ini dibahagikan pula mengikut deskriptor dan evidens yang tersindiri.... maka jadilah ia macam ini....

ni evidens sains tingkatan 3 tahun 2014.. diberi semasa penyebaran PBS Tingkatan 3 Oktober 2013..... masa tahun 2012..xde benda macam ni... cikgu kena analisis sendiri DSP tu... memang terawang-awang dengan pelaksanaan PBS pada tahun tu...

pentaksiran pusat ialah tugasan yang akan diberikan kepada pelajar oleh pihak Lembaga Peperiksaan... pelajar akan diberi tempoh masa tertentu untuk menyiapkan tugasan tersebut.

konsep PBS... 100% dibuat oleh pelajar... tidak boleh dibantu oleh mana2 individu untuk menyiapkan projek tersebut. sama ada PS atau PP.

maka setiap soalan itu tidak boleh diberikan kepada pelajar untuk dijadikan kerja rumah... semuanya harus disiapkan di dalam kelas...

waktu mengajar bagi satu masa dalam 35 minit- 40 minit... berapa minit masa yang diperlukan untuk pelajar menjawab evidens2 itu..? sekolah MRSM, SBP or sekolah yang budak pandai2 memang tiada masalah... tapi kalau sekolah yang majoritinya pelajar berpencapaian sederhana dan lemah... bagi masa 30 minit untuk jawab tu pun banyak kosong dari jawab.. ada sesetengah tu kosong je kertas tiada jawapan..padahal baru je lepas ajar sblm bagi soalan tu..... T___T ... jadi.. guru menghadapi konflik... diantara nak mengajar menghabiskan syllabus dan nak bagi masa untuk pelajar menjawab... kalau setiap subjek ada 4 chapter je xpelah jugak... ni 7-8 bab... mcm mna nak habiskan syllabus? mcm mna nak pastikan pelajar dapat menjawab pentaksiran PBS? dah la evidens tu banyak.. korang tengok la sdiri gambar di atas tu.. cuba kira berapa evidens semuanya... tu baru cerita nak laksanakan.. aku xmasuk bab merekod data lagi.... huhuhuhu...

Pentaksiran Pusat tak semestinya masa tingkatan 3... dia ada lampirkan jadual... masa form 1 subjek apa ada PP.. masa f2 subjek apa ada PP.. masa f3 subjek apa ada PP... Kalau xsilap aku dalam tu tulis Sivik masa f1 bulan 7.. sains masa f2... ada dlm file.. file kat sekolah...

dan result PP akan digabung dengan result PS oleh lembaga peperiksaan...

3) Setiap pelajar wajib mempunyai fail peribadi yang dikenali sebagai Fail Perkembangan Murid... didalam fail ini perli disimpan evidens pelajar... dala fail tu ada separator mengikut subjej.. evidens tu soalan2 yang diuji tadi tula... cuba tengok berapa banyak evidens yang ada bagi setiap pelajar.. itu baru subjek sains... tak kira lagi subjek lain... untuk makluman semua.. semua subjek perlu melaksanakan PBS ; BM, BI, SAINS, MATH, SEJ, GEO, PAI, PM, KH, PJK, SIVIK, PSV, elektif : bahasa seperti B.ARAB, B.CINA & B. TAMIL dan MUZIK..

*2012 = guru diberitahu bahawa semua kena ada evidens untuk disimpan di dalam fail perkembangan murid...sebagai bukti pelajar tersebut telah mencapai evidens tersebut. kalau soalan jenis oral... soalan tu kne simpan sebagai evidens pelajar... bermaksud masih perlukan kertas.

boleh korang bayangkan tak berapa banyak kertas yang perlu digunakan untuk pelaksanaan PBS pada tahun tersebut????? Kementerian tak bekalkan kertas pada sekolah..maka pandai2lah sekolah cari dana untuk tampung kos pelaksanaan PBS (fail perkembangan individu & kertas untuk cetak soalan)

Maka adalah sesetengah sekolah terpaksa mengeluarkan surat kepada ibu bapa memohon untuk mebayar bayaran tambahan PBS dalam RM10-RM20... Maka ibu bapa pun ramailah yang merungut... sekolah ni tak habis-habis nak mintak duit... tengok,.... cikgu jugak yang salah... T____T dah la dipersalahkan oleh pihak ibu bapa... yang tak bayar tu ramai jugak.... yang jadi mangsa guru kelas pelajar Tingkatan 1 la masa tu... bertambah satu lagi beban... dah la nak mintak yuran PIBG tu satu hal..tambah pulak dengan satu bayaran lagi... T___T aku merasainya sebab aku juga merangkap guru kelas tingkatan 1 pada tahun 2012 tu...

4) setiap kelas WAJIB mempunyai satu fail showcase... dalam faile showcase tu ada separator untuk setiap subjek.. fungsi fail ini ialah untuk simpans evidens terbaik pelajar di dalam kelas itu bagi setiap subjek bagi setiap evidens...

contoh..
B1D1E1 = Rahman terbaik
B1D1E2 = Fatimah terbaik
seterusnya sampaila semua evidens tu...

terbaik dinilai oleh guru.. kalau katakanlah satu kelas tu jawab semua betul.. maka penilaian diambil kira mengikut kekemasan atau ketelitian pulak.. ha.. mcm tu la kekdahnya...

persoalannya...
kita tunggu cerita aku yang dibawah... bercerita mengikut sekuel... barulah lebih pemahaman..

5) bila ditanya tentang f2 dan f3.. katanya..tunggu cikgu... cerita form 2 kita tunggu tahun depan.. yang tahun ni buat yang form 1.... hurm..sedikit musykil... kalau aku kan..kita dah betul2 pprepare.. tanya la benda yang 4,5 tahun akan datang.. kita boleh jawab kan... sebab kita dah well prepared.. klu tak boleh jawab ni..nampak sangat xde perancangan... xgitu persepsi kita?

ok.. berbalik kepada cerita tahun 2012... bulan 4 guru2 tingkatan 1 disetiap dapat taklimat... maka berkelam kelibutlah semua.. tergagap-gagap bertatih-tatih nak melaksanakan PBS ni... kesimpulannya bulan 5 baru start... masa tu bulan 5 kita dah masuk bab 4 atau 5 dah kan.. tapi sebab PBS baru dijelaskan.... cikgu2 terpaksa ulang semula dari bab 1 semata-mata untuk buat PBS... jadi boleh bayang tak macam mana kekelamkabutan kami pada tahun 2012 tu nak terkejar-kejar laksanakan PBS.. dan syllabus ulang semula bab 1 pada bulan 5... boleh bayang tak macam mana cikgu-cikgu terpaka bertungkus lumus untuk habiskan syllabus?? semuanya kerana pengenalan PBS yang agak tidak sistematik di situ...

bayangkan aku S/U PBS... bulan 5 nak kena uruskan fail pelajar tingkatan 1.. masa tu dalam 120 orang... orang seronok cakap cikgu cuti banyak.. aku masa cuti sekolah bulan 5 tu... seminggu aku berkampung duk uruskan fail PBS pelajar2 tingkatan 1... nikmat kan jadi cikgu.. cuti banyak? tu fail budak.. xkira lagi dengan aku nak uruskan aku punya evidens yang mengajar ni... dah la masa tu mengandung 1st trimester... nasib baik jenis xde alahan... takpe..demi tugas dan arahan yang dikeluarkan jabatan.. semua cikgu bertungkus lumus siapkan tugasan yang diamanahkan.... dan cuba sehabis daya untuk memastikan pelajar mendapat band yang terbaik.. takut merosakkan masa depan pelajar... iyelah... KAMI DIBERITAHU BAHAWA BAND DARI TINGKATAN 1 AKAN DICAMPUR DENGAN BAND SEMASA TINGKATAN 2, DAN 3.. DAN LEMBAGA PEPERIKSAAN AKAN GABUNGKAN DAN KUARKAN KEPUTUSAN AKHIR MENGIKUT RUMUS MEREKA... sebab itu setiap pencapaian pelajar harus disimpan dilaman web SPPBs, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaakan Sekolah.... secara ONLINE..
bala besar bagi setiap guru yang melaksanakan PBS.... huhuhuhu~~

tapi sebelum aku bercerita tentang SPPBS....
Aku nak bercerita dulu tentang cara merekod maklumat pentaksiran...

ada 2 borang...

Borang Transit
Borang Perkembangan Individu

Borang Transit




ini softcopy rekod transit... untuk 1 kelas.... (aku blackan nama pelajar aku atas akta kerahsiaan... hehehehe) borang mesti dalam bentuk hardcopy.. sebab dalam setiap kotak evidens tu perlu dicatat tarikh bila pelajar tersebut mencapai atau menguasai evidens tersebut.... aku ulangi..catat tarikh... bagi setiap pelajar.... cuba kira berapa orang dalam 1 kelas tu... cikgu tak mengajar 1 kelas... macam aku.. hah.. 5 kelas... boleh imagine tak..
bila nak tanda evidens?
bila nak tulis tarikh dalam rekod transit?
harus diingat... pelajar WAJIB diberi peluang untuk menjawab ualngan 2 atau 3 kali untuk memberi peluang dia menguasai evidens itu...
BILA PULAK NAK BAGI BUDAK JAWAB SEMULA?? BILA NAK MENGAJAR????
iye,, secara teori sangat simple.. perfect... bagus yang amat...
tapi cuba jadi pihak pelaksana macam cikgu...
baru korang tau senak dan berpinar butir mata..
stressed...
cuba kira...
1 kelas katakanlah 25 orang (susah nak jumpa budak sesedikit ini dalam kelas..banyak yang 30 ke atas... )

mengajar 4 kelas...
25 x 4 = 100 orang pelajar

1 pelajar ada 60 evidens untuk dilaksanakan...

cuba kira berapa banyak evidens yang seorang cikgu kena tanda..

100 x 60 = 6000....

aku ulangi...

6000...!!!!!

Itu kalau budak 25 orang sekelas la... kalau 38 orang sekelas mcm mna? tu Sains Tingkatan 1 tu yang 60 evidens.... cuba kira yang Sains Tingkatan 3 dalam gambar yang awal2 tu ada berapa evidens... 122 evidens!!!

adakah bila mengajar kelas PBS ni cikgu2 jadual waktunya hanya 10 waktu seminggu...?? tidak.. sama jugak.. 22-28 waktu seminggu... tidak memegang sebarang jawatan si sekolah? xjadi guru tingkatan? tak jadi ketua panitia? tak terlibat dengan kegiatan ko kurikulum? tak terlibat dengan 1M1S? jawapannya...tidak sama sekali.. jadi guru pentaksir PBS tidak dikecualikan dari sebarang jawatan dan aktiviti... dan kadang2 tu siap kena pi kursus 2,3 ,4 hari... 4 minggu pun pernah... jadi bila nak buat semua-semua ni? masa kita sama je... 24 jam.. xlebih tak kurang... banyak tau kerja cikgu kat sekolah selain mengajar... tambah dengan PBS ni pulak... memang tercungap-cungap...

itu baru cerita rekod transit...

tak cerita lagi Fail Perkembangan Murid dan Fail Showcase...

kalau mengikut yang termaktud di dalam dasar pelaksanaan PBS...
setiap evidens pelajar harus dimasukkan di dalam Fail Perkembangan Pelajar....
buat satu masuk satu....
buat yang baru... masuk yang baru.. yang lama kuarkan...
aku ada 6000 evidens?? agak2 ada masa ke aku nak gi kuar masuk evidens dalam fail tu? kalau ada masa nak kencing makan sembahyang main dengan anak tu pun rasa patut buat sujud syukur banyak2 dah tau...

tak kira lagi pulak dari setiap evidens tu... dalam 25 kena pilih yang terbaik...
bila nak pilih2 tu? ada 3,4 or 10 evidens aku mampu kot nak pilih2 the best among 25... tapi kalau 60 evidens kalu?? mampu???


Ni gambar ambil dari internet... nampak xkesusahan para cikgu?? Untuk benda yang tiada makna...

secara teori yang dibentangkan dalam dasar PBS memang aku akui... sangat bagus... memang menyeluruh... kalau boleh aku siap nak cadangkan lagi... kalau boleh kita bagi peluang kat pelajar tu biarlah jawab sampai beratus juta kali pun..asalakan sampai dia mampu lepas... pastu kalau boleh.. setiap eviden tu biar pelajar jawab 3 kali.. baru menunjukkan pelajar itu benar-benar menguasai... ha.. aku dah cakap kan.,. takat teori.. bentang dengan air liur..aku pun boleh bagi cadangan berapi.. tak payah ada phd bagai pun... tapi bila masuk bahagian pelaksanaan.. korang rasa praktikal ke?

kalau sistem yang macam ni.. dengan perekodan macam ni.. aku rasa kalau applied kat universiti.. yang pangkat Professor pun tak tentu lagi mampu buat sendiri... ada tutor and RA ramai maybe boleh dilaksana.. tapi kat sekolah? mati terjelir cikgu sorang-sorang... . tapi yang terjelir smpai stressed smpai tak tidur malam...duk cuba buat selagi termampu..ada pernah orang hargai? ada pernah orang nak ucap terima kasih?? takdenya.... siap cakap salah cikgu,... cikgu tak buat kerja.. sebab tu PBS tidak berjalan sempurna... .T____T

itu baru cerita perlaksaan dan merekod...

xmasuk part yang paling hangat... SPPBS... yang aku dah sebut kat atas tadi.. Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah...

semua pencapaian pelajar WAJIB dikeyin dalam website SPPBS secara online... sebab..... diakhir nanti.. lembaga ada rumus sendiri untuk mengularkan band pencapaian pelajar berdasarkan pencapaian pelajar yang dibuat oleh cikgu tadi.... dan bala pun bermula.......

sistemnya yang sangat teruk.. yang sungguh meminta dimaki sumpah oleh semua pengguna...
jammed.. xboleh bukak... teruk sangat lah.. nak cerita pun tak retilah... tapi aku boleh bagi analogi...

apa perasaan korang kalau nak bukak Facebook...
masukkan ID... masukkan password...
pastu dia duk loadingggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg dalam 15 minit... pastu kuar semula suruh isi semula ID dan password....
tiada apa-apa perasaan kan?
cuba bayangkan lagi... 10 kali korang cuba..tapi hasil duk macam tu je...masih xdapat log in...
apa perasaan korang masa tu?
boleh bayang tak kalau korang cuba dari pukul 8.00 malam sampai 10 malam... masih xdapat lagi log in...
ada tak rasa unsur2 nak marah dan menyumpah??

ok..situasi kedua...
korang nak log in Facebook...
masukkan ID dan pasword...
tungguuuuuuuuuuuuuu dia loadinggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg........ dapat masuk... yeay..!!! happy.... pastu laju2 taip comment kat wall kawan.... tengah duk taip..skali dia otomatik log out.... dan korang kena log in semula.. tunggu loadinggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg pastu kne tulis semula comments yang korang dah tulis tadi...
ada xperasaan enjoy di situ?
itu sekali... kalau 10 kali korang duk ulang taip comments sama tapi xberjaya send sbb terlogout...
seronokkah rasa hati? ada tak rasa nak menyumpah seranah?

ok....situasi ketiga...
korang log in....
masukkan ID dan password...
yeay..laju jek boleh sign in..
happy terloncat2 rasa jiwa..
cepat2 reply comments orang tu..orang ni..
post kat wall orang tu..post kat wall orang ni..
share video ceraha UAI and Ustaz Kazim..
happy...
tapi xtau kat mana silapnya...
bila check...satu pun xde sebenarnya..
segala comments yang ko tulis xde..xkuar..xsave ke ape ko pun xtau..
segala video yang ko share tadi xde pun..
apa perasaan? rasa sia-sia tak?
rasa hairan x dengan server Facebook??

ok.. dari pukul 8.00mlm - 10.00 malam korang duk menghadapi Facebook dengan masalah-masalahnya itu tadi...
sekali ternampak kat Groupon... ada sale... kasut Nike dari harga RM415 jadi RM89... masa tinggal 6 jam...
try beli online... skali e-banking xleh connect... duk loading situ la.. xleh nak wat payment... padahal masa dah xlama dah untuk sale habis....
apa perasaan? happy? ceria? atau menggelabah, cuak dan rasa nak maki orang? maki sistem bank la loqlaq.... betui x?

maka korang pun tutup la laptop.. pasrah nak tido... tapi mata xleh tidur ni..duk nampak kasut Nike tinggal beberapa jam lagi sebelum habis promosi nih.... xleh tdo yang amat.. whatsaap kawan habaq xlena tdo bank punya sistem gelong... member pun cakap..ha..dia dah berjaya beli kasut tu semalam.. dia kata dia bangun pukul 4 pagi.. elok jek sistem e-banking tu.... korang pun apa lagi kan.. mestilah berkobar-kobar kan..tambah2 kawan dah berjaya beli... set jam.. pukul 4 pagi... bangun untuk beli kasut kat Gruopon...

ok.. korang nak cerita happy or cerita sedih?

kalau cerita happy... baca no 1... kalau nak cerita sedih.. baca no 2 dan no 3...

bangun pukul 4 pagi... boleh log in Groupon... boleh buat payment... dapat la kasut Nike tu..
bangun pukul 4 pagi... e-banking tu masih lagi membuat onar... maka melepaslah kasut Nike tu... tahan pendam rasa je la dengar cerita kawan2 yang sempat beli...
tak terjaga... so tak tau la klu bangun jadi orang yang berjaya beli ataupun x...

ok.. itu analogi aku.. kesemua analogi tu menggambarkan situasi para guru untuk memasukkan prestasi pelajar ke dalam SPPBS...
Facebook benda lagha...jadi bila terjadi untuk hal kerja... tension dan stressed dia berganda2 tau ..
Gruopon tu na maksudkan guru2 ada dateline..tapi sistem gelong... susah hati ooo... memang xblh tdo lena...otak senak dan selirat...
aku harap korang faham la maksud yang aku cuba sampaikan...
bukan sehari je tau menghadapi masalah untuk log in SPPBS... tapi boleh dikatakan sepanjang tahun...
jarang sangat la time dia ok untuk key i

waktu siang tu memang agak mustahil la kan.. sebab kita nak tanda evidens lagi..nak rekodkan lagi..nak kuar masuk evidens dalam fail lagi... tinggal waktu malam je la.... tapi tu la.. waktu "prime-time" memang susah nak dapat peluang boleh key in.. selalunya pukul 3,4 pagi.... sebab xramai pengguna online..tu yang server xgelong.... tapi aku nak tanya.. masa kerja cikgu2 ke pukul 2,3,4 pagi ni? ada kerja shift ek???? kalau kerja shift.. pagi esok tak payah pi sekolah dah...masuk malam esok pulak la kan patutnya..tapi tak kan..? pagi esok2 awal2 lagi dah kena pi sekolah macam biasa.. dah tu.. bila masa rehat? ada 6000 evidens ni nak kne tick dekat SPPBS tu... satgi tak buat kan masa depan pelajar dipertaruhkan... tu yang pulun stay up semua cikgu... anak kemana,..laki kemana...
kalau takat satu malam je sistem gelong..xdenya orang bising...
kalau takat satu malam je kena stay up 3,4 pagi..xdenya orang bising...
ni sepanjang tahun...
dah r kalau bangun tu betul boleh key in xpe..
ni sistem still xleh key in..
kalau boleh key in pun..
sejam tu hanya utk key in 2,3 orang budak...
apa perasaan korang kalau bukan Facebook dua jam..
hanya boleh view 2 kawan jek..
yang lain masa dihabiskan untuk loading..
rasa happy? bangun pukul 4,5 pagi nih...

macam aku cerita... itu tahun 2012...
PBS start bulan 5...
kuar kat web SPPBS... tarikh akhir key in sebelum 31 November...
senangkan kuar arahan..
yang cikgu2 ni macam orang gila dah..
ye.. awal November lagi dah cuti sekolah..
korang ingat cikgu cuti tu maksudnya cuti la..
aku kena jaga STPM....
sesak jiwa raga...
sebab siang mna nak boleh key in..jaga exam..
kena tunggu malam la..
kalau malam xleh?
rasa setiap saat tu nak duk ngadap laptop... nak key in..
al maklumla aku guru kelas Tingkatan 1..
guru kelas lagi banyak nak kena key in..
aku yang pencapaian pelajar akademik dah...
mai tang yang PAJSK... kena key in maklumat Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan dan Unit Beruniform bagi sretiap pelajar kelas aku jaga... macam aku cakap la... budak 35 orang... kalau sistem laju macam Facebook takpe.. tapi ssitem siput sedut... loading manjang... tekanan perasaan sangat.. sebab kerja kita patutu selesai dalam masa sejam dua jek.. tapi sebab sistem yang sangat tidak efisien... berminggu-minggu tak boleh nak siapkan... pastu macam Unit Beruniform... dia punya sistem untuk key in xbetul.. petak nak tick tak kuar......dan naik nama cikgu yang tak buat kerja... wajarkah???

masa tu aku jadi S/U..... korang tak tau luluh jiwa bila pukul 7 pagi,..sorang cikgu veteran call aku... umur dia dalam 53 macam tu... baya2 mak kita... tak pun mak cik-mak cik kita... pukul 7 pagi.. di hari sabtu...

cikgu X : nieza.. maaflah call pagi-pagi ni...
aku : eh..xpelah..dah bangun dah..
cikgu X : ni..akak nak tanya.. SPPBS tu nieza boleh bukak x? akak try bukak tadi..dari pukul 4 pagi akak try... tapi xboleh... ke komputer akak yang rosak?
aku : eh..bukan.. memang SPPBS gelong... saya pun try xboleh nak log in...
pilu rasa hati... ortang baya mak-mak kita.. yang tak berapa mahir komputer..tapi mencuba sepenuh usaha untuk merealisasikan PBS sampai berjaga malam... padahal yang xbetul adalah sistem.. bukan komputer dia... xjadi kat mak korang korang tak rasa.... dah la ada penyakit darah tinggi bagai...
xmasuk lagi kes cikgu yang ada kanser buat chemotheraphy semua...
salah cikgu?

satu lagi...
dah la server out...
interface pun out...
xmesra pengguna..
suka nak buat page..
nama pelajar jadi 2 page...
pastu nak klik next page tu loading mcm biasalah.. klu gi sidai kain sebaldi.. masuk semula xtentu dah siap loading....
pastu dah isi untuk nama budak tu...
bila back..dia pi page 1 semula..
klik next page loading lagi...
tension tau.. membazir masa...!!!!
tu xkira lak evidens kena masuk ikut bulan..dah la sistem slow macam siput terencat..
nak loading page bila tukar bulan tu pun satu hal..
pendek kata...
interface tak mesra pengguna langsung...
membazir masa!!!! sedangkan banyak lagi kerja lain nak buat... nak tanda evidens tu pun tercungap.. kerja2 rumah lagi... bila time online... sistem nazak...

aku nak print screen kat sini pun xde... nak bkak sekarang SPPBS dah arwah... kenapa? tunggu aku cerita...

jadi untuk 2012... mula2 kata 30 November... pastu dilanjutkan sampai Januari...


dan alhamdulillah... semua settle..result pelajar daat dikeluarkan... dan sungguh mengecewakan...

membuktikan bahawa PBS bermaksud Pandai Bodoh Sama

1) cikgu-cikgu sememangnya kurang yakin dengan PBS sebab tiada standardized dan validity tu kurang.... sebab 100% soalan disediakan oleh guru mata pelajaran masing-masing.. korang rasa band 5 sekolah harian pencapaian rendah ni sama ke dengan band 5 untuk pelajar SBP? adil x? kalau dibuatnya cikgu SBP strict... cikgu sekolah biasa xstrict untuk pemberiaan pentaksiran.. adil x? usah kata compare dengan SBP... dengan sekolah sebelah pun dah banyak perbezaan... dengan kelas sebelah pun dah banyak perbezaan... betul x?

2) Tengok gambar di bawah..


masa taklimat macam canggih katanya "SISTEM AKAN MERUMUSKAN BAND PELAJAR" ..

tau x rumusan dia macam mana?
cuba tengok pelajar 1...
dia menguasai semua evidens band 3 dan beberapa band 4...
keputusannya : band 3

pelajar 2 ..
dia menguasai semua evidens band 3, kebanyakan bank 4 (2 evidens xmenguasai) dan beberapa evidens band 5...
keputusannya : band 3

nampak x?
takat nak buat kesimpulan macam tu..
xpayah suruh sistem rumus..
aku pun boleh rumus...
sedih tau... rasa ditipu hidup2,,
rasa kesian pada pelajar...
betul x aku cakap.. Pandai Bodoh Sama...
evidens2 yang band 4 dan band 5 yang dia buat macam xmemberi makna...
usaha yang sia2...

patutnya hardcopy.. ni soft copy sebagai contoh.. untuk beri penjelasan... aku sanggup bersusah payah print screen... tu bukan result sebenar.. tu yg aku nak tunjuk "RUMUSAN" yang kononnya canggih sangat...

dan sebagai cikgu...
aku pun xfaham dengan prestasi pelajar aku...
kalau korang ada anak yang generasi PBS ni korang tau tak pencapaian anak kotrang macam mana?
tersaut dek akal x?

Pentaksiran Pusat ? xde bayang.. melangut je la cikgu kena bohong.. bukan takat cikgu..budak2 f1 pun turut sama tertipu la jadinya...

Komen pelajar pada tahun 2012...
1) xseronok belajar.... semua subjek hari2 ada soalan.. stressed....xfun langsung... nak buat mcm mna...cikgu kne pastikan yang back dated tu semua dapat dicover... huhuhu...

2) cikgu2 jadi garang... mna xgarang...stressed ookk... bebanan kerja melampau2....


2013
tahun ini... pelajar tingkatan 1 2012 naik tingkatan 2... pelajar tingkatan 1 2013 masuk sesi... alhamdulillah..cikgu2 kurang kekelamkabutan sebab boleh bermula seawal bulan Januari... tiada sebarang back dated... maka tidak terkejar-kejar2 mengejar syllabus... cikgu Form 2 masih teragak2 sebab tak biasa lagi.. cikgu Form 1 macam aku dah jadi pro...
prp xpro... sakit kepala otak oooo nak mengadap evidens beribu2.... even xbertulis..tapi nak rekod... bukan senang seperti yang diucapkan..
cuma...
SPPBS masih menjadi masalah utama...
xleh nak key in...

Menjadikan cikgu2 makin hangin...
Kalau tahun lepas dah hang nak masukkan data PBS tingkatan 1 sahaja...
Maka buatlah persiapan cukup2 untuk menerima data2 PBS Tingkatan 1 dan 2 2013... ni x..lagi teruk dari 2012...
Macam xlogik langsung...
Main cadang je ke nak buat PBS ni? Xpernah kaji berapa ribu orang akak masuk server? Xpernah kaji berapa ribu data akan disimpan dalam server? Ini kah lambang sistem yang akan membawa perubahan besar kearah pembangunan negara yang berdaya saing?

Siap error ape benda ntah...null data... aku tnya abg ipar aku yang kerja IT apa masud error tu... katanya itu data overload...
Menyirap rasa darah... buat kerja xde perancangan...mcm tu la...pastu susahkan semua orang...pastu canang cikgu laksanakam PBS betul2... cikgu key in lambat sebab tu server jammed... childish!!! Just know how to blame others...never look upon yourselves...shame on you...

Dan...ni msg terakhir aku tengok...


Tutup terus dari hari tu smpai skrg.... cikgu2 terbeban dengan tugas tahun lepas yang xselesai dan tahun ini yang tak dapat dimulakan....
Sebab April baru sistem dibuka untuk key in yang tahun lepas (in case xsempat hari tu.. aku dah settle...tinggal Unif Beruniform yang gelong tu...) tapi yang tahun ni xleh nak key in lagi... katanya lepas ni utk key in PBS bukan lagi di SPPBS tapi di SPS... Sistem Pengurusan Sekolah.. pasni aku cerita...

Pentaksiran Pusat masih tiada bunyi,.... maka kita buat anggapan sendiri... masa form 3 la tu Penilaian Pusat akan dilaksanakan..


2014

cikgu2 menjalankan PBS seperti yang diarahkan.... Sistem untuk key in pencapaian pelajar masih tidak dibuka..tunggu sehingga April.. maka marilah kita mengumpul beban.... xpe.. nasiblah jadi cikgu..

Pertengahan Januari... aku diarahkan menjadi wakil Sains Matematik Tingkatan 3 untuk mendengar Taklimat Pelaksanaan PPMR.... ha... apekebenda PPMR ni... nilah yang exam ganti PMR... Uiksss... ada exam pulak???? hari tu kata takde.... hahahaha.. kejutan dimana-mana...
hadir ke taklimat ini betul2 menghancur luluhkan hati,.... sumpah.. hati retak berkecai seribu..rasa tertipu..rasa sedih..rasa marah..rasa geram..semua rasa bercampur baur... apabila... pemberi taklimat memberitahu

" Keputusan PBS Tingkatan 1 akan diprint semasa tingkatan 1, PBS Tingkatan 2 untuk tingkatan 2... PBS Tingkatan 3 untuk Tingkatan 3... tidak akan digabungkan... Lembaga tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PBS akan digabung... "
kalau dapat dengar hati aku pecah.... memang bergegar dewan tu...
rasa usaha selama ini sia2 ..
ditipu oleh suatu sistem yang tidak dirancang sebetul-betulnya...

yang jadi sekarang..
pusing-pusing...
tengok result PPMR tu jugak...

yang ada exam ( 1 PAPER/ 2 JAM)
B. Melayu
B. Inggeris
Sains
Matematik
B. Arab/B.Cina/B.Tamil

yang ada oral
B. Melayu
B. Inggeris

Pelbagai Item (ala-ala kerja kursus)
Sejarah
Geografi
P.Agama Islam
Pend. Moral
K. Hidup
PSV
PJK
Sivik
Muzik

Keputusan dalam bentuk A,B,C...
dah tu apa beza dengan PMR? Mana ciri PBSnya? kenapa tak guna band??

apa gunanya PBS yang sedia ada??????????

Bila ditanya macam mana bentuk soalan....
Jawapannya... masih dalam perbincangan....
Bulan 10 nak laksana... tp ape pun xdecide lagi....
Cemerlang kan sistem baru ni....

Tapi... kalau BM & BI paper 2 jam... nak uji ape? Kalau nak suruh tulis satu karangan 200 perkataan pun mau ambik masa sejam setengah kot...
Jadi pendapat kalian...
Penilaian mana yang lebih berkesan..
PMR yang soalannya lebih menyeluruh..???
Atau PPMR yang skop sangat kecil...?

agak2 kalau nak masuk SBP or MRSM diorg utamakan result PPMR atau PBS setiap tahun? ya..aku tau SBP and MRSM akan guna exam diorg sendiri... itu utk kelayakan.. maksud aku utk tawaran..diorg akan refer result mana??????? aku xdelah bodoh sangat untuk diperbodohkan sebegitu rupa...agak-agak kalau nak streaming aliran masa tingkatan 4 nnt kita akan refer result mana?
jadi apa guna PBS?? saja suka2 bagi cikgu buat kerja lebih...????

bila tanya kenapa tak gabung yang PBS..
JAWAPANNYA : kita tau PBS ni dijalankan oleh cikgu2.. maka kebolehpercayaannya adalah rendah (lebih kurang macam ni la maksud ayat dia..ayat betul aku lupa... sebab hati remuk..hampir mengalir air mata... sebab AKU YANG MELAKSANKANNYA..AKU YANG TAU SUSAH PEDIH JERIH.... tukang cakap tau ape... hanya tau keluarkan surat nak datang pantau..nak datang pantau... datang pantau xmembantu langsung tau tak... hanya menambah beban yang telah sedia terbeban.. kalau nak membantu... meh.. mai sekolah..duduk sekolah 3 bulan... ambik jadual waktu sama macam cikgu.. masuk kelas mengajar dan laksankakan PBS serentak.. cuba tunjukkan kami contoh yang sebetul-betulnya untuk menjalankan PBS ni.. kan duk heboh kat orang cikgu tak pandai buat.. ha.. sila beri tunjuk ajar...
kenapa ajar sains kena banyak buat eksperimen...?
nak bagi pelajar mempunyai pembelajaran bermakna...
maka..
mari tolong buat amali PBS ..
supaya kami cemerlang terbilang tip top...
jadi ajari lah kami
kerana kami sanggup belajar demi memartabatkan pelajar kami..
aset kami pelajar kami..
kami mahu yang terbaik untuk pelajar kami..

Dan kalau dalam erti kata mahu yang terbaik untuk pelajar kami..
kami rasa PBS bukan yang terbaik...

dan minggu lepas ada taklimat Pentaksiran Pusat...
lain dah jadinya...
GEOGRAFI, PJK, PSV, KH, SIVIK... tiada pentaksiran pusat.. hanya Pentaksiran Sekolah semata-mata...
lalang... kejap macam tu.. kejap macam ni..
tapi masih tidak mahu mengakui kelemahan sendiri...

dan kami cikgu ada hati dan perasaan..
jangan cuba menutup kesalahan sendiri dengan mengeluarkan fakta2 yang mengguriskan hati kami...

1) PBS dilaksanakan sebab nak memastikan cikgu2 ajar apa yang sepatutnya diajar kepada pelajar,, sebab tu cikgu kena rekod setiap evidens... apa? sebelum PBS ni cikgu2 xmengajar ke? budak dapat result cemerlang tu hasil cikgu masuk baca paper dalam kelas? hasil cikgu balik pukul 2.00 petang pastu tidur?

2) PBS diperkenalkan sebab sistem pendidikan kita terlampau exam oriented... ye..menuding jari memang senang.. tapi pernah terfikir tak kenapa dengan begitu drastik bertukar menjadi exam oriented berbanding pengajaran berkesan... sebab...
tiap2 kali exam..
kena htr result ke PPD.. ke JPN..
kalau result terus.. cikgu yang kena..
kalau tahun ni peratus meningkat...tahun depan kena pastikan meningkat lagi... target kena tinggi..
sampai budak yang xleh membaca pun kne target C... LOGIK? angkara siapa yang sistem pendidikan kita menjadi exam oriented???
tak cukup dengan tu.. buat pulak insentif... bai'ah tak bai'ah... klu result bagus.... sekolah dapat ganjaran.. pengetua arah buat program.. yang terthantuk tergadah cikgu2... tak ke menjadi exam oriented tu sebab nak tingkatkan prestasi..salah siapa??

saya suka PBS... sebab cikgu2 xterbeban yang benda2 exam oriented tu la.. xde kena buat head count.. galus halus... xde nak kena report berapa orang cemerlang berapa orang lemah... masuk kelas mengajar.... habiskan syllabus.. benda2 yang menjadikan sistem pendididkan kita exam oriented tu xde...
tapi kenapa kalau ada PMR dan SPM jek mesti nak kena buat semua-semua2 tu? itulah yang menjuruskan kepada exam oriented... xkan benda simple macam tu xde orang perasan??

PBS ni pun xde lagi la sebab xstart lagi PPMR...
tunggu tengok tahun depan..
mesti dah ada la tu target la..headcount la.. untuk PPMR...
SO.. mana yang xnak exam oriented tu???

dan saya xsetuju PBS
sebab kalau hari ni budak tu boleh jawab.. maka dia dah menguasai..
kalau esok kita tanya and dia xtau.. kita xde hak nak tarik semula..
dia dah menguasai..
sebab tu budak generasi PBS ni malas study...xde makna katanya...
dah habis jwb PBS... lompat2...
bila tahun ni baru tau nak ada exam..
cikgu yang risau...
boleh ke diorg cover yang f1 dan f3...
sedangkan masa diorang f1 2012 hari tu..
kita cakap
"KAMU TIADA EXAM..100% PBS"

waaaaahhh...xsangka panjang berjela-jela aku tulis...
asalnya nak key in maklumat pelajar di SPS..
Sistem dah gelong..
xtau la pasni kalau nak key in PBS kat server SPS...
bala apa pulak nak jadi aku tak tau la...

P/S: sangat berharap agar suatu sistem yang benar2 bukan exam oriented dan tidak terlampau membebankan guru dan sistem yang senang diakses dapat diperkenalkan.... saya sayang setiap pelajar saya... saya sedih sekiranya masa depan mereka dipertaruhkan demi satu eksperimen yang tiada persediaan... kesian mereka... dari darjah 1-darjah 6 belajar dalam english {PPSMI}.. Elok naik form 1 semua tukar dalam BM pastu jadi bahan eksperimen PBS...
KPM tidak belajarkah kesilapan "gopoh" PPSMI dahulu dan ulanginya sekali lagi dengan PBS... Yup..!!! GOPOH adalah perkataan yang sesuai.... sepatutnya tunggu generasi PBS dari sekolah rendah naik ke sekolah menengah barulah dilaksanakan di sekolah menengah... ini semua mau cepat... GOPOH... sebab tu tiada perancangan dan sentiasa berubah-ubah dasarnya...

maaf andai tulisan ini membuatkan sesetengah individu berasa tidak selesa..tapi izinkan saya untuk meluahkan apa yang majoriti kami rasakan...
mungkin ada banyak fakta yang saya tertinggal..tapi ini cerita serba ringkas apa yang saya lalui...
dan rakan-rakan saya lalui..

Bagi aku.. PBS bukan isu politik... sebab tu aku kekadang rsa hangin jugak bila isu ini cuba dipolitikkan oleh pembangkang... nak berdemo berarak ala2 bersih.. merapu!!! Lagi banyak masalah timbul adalah.. dan aku jugak hangin dengan kerajaan yang ego xmo mengaku gopoh dalam melaksanakan PBS... nak tarik balik takut dikatakan tunduk pada pembangkang... padahal ini bukan politik la... pi mansuh ISA xpe pulak.. yang tu lagi bahaya dan banyak kesan buruk tau berbanding mansuh PBS... kekadang menyampah tau hidup kat Malaysia ni...segala benda nak dipolitikkan...

Isu sebenar adalah melibatkan Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan... demi masa depan generasi akan datang... tolong mansuhkan PBS... xde orang nak caci maki... orang berterima kasih adalah...

Cukuplah membazir masa, dan tenaga para guru dan wang kerajaan...


Hayatilah gambar ini... xsemua tu.. sebab ada lagi dasar2 baru... tapi kesimpulan... setiap jabatan kemukakan idea utk KPI masing2.... yang tanggung...CIKGU... T____T

P/S: PPSMI dimansuhkan dulu aku sedih tau... semua kerana sikap gopoh KPM... padahal hasil yang pure PPSMI baru darjah 6 .. xtercapai hajat Tun M..
Oleh: Cikgu Hasniza Ibrahim

*Tekan butang LIKE dan SHARE jika anda setuju!

Anugerah Malam Festival Kuala Lumpur

Drama berjudul Love You Mr Arrogant arahan Eoon Suhaini diumumkan sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang berlangsung di Hotel Royale Chulan di sini, malam Sabtu.

Drama 26 episod ini turut mengangkat pelakon lelaki utama Azlee Khairi sebagai Pelakon Lelaki Pilihan. Drama yang berjaya menarik tontonan lebih 4.6 juta penonton itu juga melayakkan gandingan Azlee Khairi dan Zara Zya dipilih sebagai Hero dan Heroin Pilihan.
Manakala, Nur Fathia Latif memenangi kategori Pelakon Wanita Pilihan menerusi drama Diandra. Sementara pengarah drama Sebenarnya Saya Isteri Dia, Raja Ahmad Alauddin diumum sebagai Pengarah Pilihan.
Anugerah DFKL yang pertama kali dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9, membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Januari hingga 21 Februari lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan. Pemenang tujuh kategori utama membawa pulang trofi. Undian terbabit turut memilih drama Sebenarnya Saya Isteri Dia sebagai Barisan Pelakon Pilihan.
Manakala penulis skrip drama Dalam Setiap Sujud, Mufid Suhaimi dipilih sebagai Penulis Skrip Pilihan. Selain kategori utama, DFKL turut mempertandingkan Drama Pendek Terbaik yang diadili oleh juri profesional yang memilih drama Singh Susu arahan Azmir Affendi sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM10,000.
Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi drama Gadis Payung Merah arahan Al Hafiz Burhanuddin dan drama Kawan arahan Wesley Tan dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000.
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur dihoskan oleh Zulin Aziz dan Sherry Al Hadad. Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Awie, Erra Fazira, Nomad, Kumpulan Bocey, Black dan Jaclyn Victor.
Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2013. Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Jom layan gambar gaya selebriti di bawah:







Antara Pelakon Wanita Bakal Menyerlah 2014

Bukan mudah untuk menempa nama di persada seni tanah air kerana bakat-bakat baru muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun, ia bukanlah satu halangan jika seseorang itu mempunyai bakat lakonan yang hebat dan mampu meninggalkan kesan di hati penonton.


Kredit blog: OhBulan!

Hujan Di KL


Aku melaporkan bahawa hujan sedang melimpah ruah di kawasan KL dan kawasan yang sejajar denganya.

Sekian

#syukoooorrr

Aksi tak senonoh pelajar perempuan di Singapura

Aksi tak senonoh pelajar perempuan di Singapura mendapat kecaman di laman maya. Pelajar tersebut ber’pose’ di tempat kencing dalam tandas lelaki dengan gaya yang menghairahkan.

Kejadian dikatakan berlaku sewaktu kem sekolah.

Ini bukanlah kali pertama kes yang sama terjadi, sebelum ini terdapat sekumpulan lelaki dan perempuan bergambar di dalam tandas perempuan.
Mungkin kerana ingin sangat menjadi negara moden, hingga segalanya hampir tiada batas anatara lelaki dan perempuan. Perasaan malau adalah soal remeh temeh yang tak harus diperbesarkan.

Kisah Tauladan: Isteri Berzina dengan Lelaki Lain.


Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.

Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.



PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain' di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN

Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga'. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati.

Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan'. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride' lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi'. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se'x with you, I have got a room here'. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca'h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera'. - sumber

Villa Kogelhof :Rumah Serba Futuristik di Belanda

Duk dalam rumah ni dah ibarat naik kapal angkasa nak ke bulan. Seiras kapal x-men. Ada wang berjuta? Buat la sejibik kat malaysia.


Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Blogger sahabat

About

ku cinta kau seorang